Video| Innalillah! Imam meninggal ketika sujud solat subuh! Semoga Allah berikan husnul khatimah!

Published by
KitaReporters


Setiap orang Islam mahu diambil nyawanya secara baik atau dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang terbaik).

Terbaharu, seorang imam bernama Andi Syamsul Bahri meninggal dunia ketika sujud sewaktu sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Al-Ulaa, Kampung Baru, Balikpapan, Kalimantan Barat, Indonesia pada Selasa, 2 Januari 2024.

Daripada rakaman CCTV masjid, Andi rebah ketika sujud pada rakaat pertama solat subuh. 


Detik-detik Andi sedang mengimamkan solat subuh sebelum meninggal dunia. - Kredit foto: Tribun Kalimantan


Haji Andi adalah ahli perniagaan dan merupakan pemilik apotek (farmasi) Arif Rahman di Balikpapan. Dia merupakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan menjadi salah seorang imam sejak sekian lama. 

Dalam kalangan penduduk sekitar, Andi dikenali sebagai seorang yang warak sejak muda dengan tangannya sentiasa memegang al-Quran dan ada anaknya yang hafiz.

DetikAndi meninggal dunia telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid. Dalam rakaman video itu,kelihatan Andi sedang sujud tapi tidak bangun-bangun. Seorang makmun mengambil alih tugas imam.

Setelah solat subuh selesai, para makmum menghampiri tubuh Andi yang sudah kaku dalam pakaian berwarna putih. Andi kemudian dibawa ke sebuah hospital namun pihak perubatan mengesahkan Allahyarham sudah tidak bernyawa.


Ratusan penduduk melakukan solat jenazah

Kediaman Andi sesak didatangi orang ramai bagi memberi penghormatan terakhir. 

Dan ratusan orang melakukan solat jenazah di masjid. Jenazahnya selamat disemadi di Tanah PerkuburanTaman Merdeka, Kelurahan Baru Ulu, Balikpapan Barat. - KitaReporters


7
11
0
14
0

Copy Link: