Video| Gembira dalam derita! Puteri Sarah tetap hadir ke lokasi penggambaran drama! Wanita hebat!

Published by
KitaReporters

PUTERI Sarah sedang menjalani set penggambaran drama di lokasi Bangi, Selangor. - Kredit foto: TikTok @fasha89



ISU rumah tangga antara artis sensasi, Puteri Sarah Liyana dan pengarah filem, Syamsul Yusof hangat serta kecoh diperkata dalam media sosial sejak beberapa waktu kebelakangan ini. 

Sehingga menyebabkan ada dalam kalangan netizen yang mengutuk Syamsul akibat perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar dan ada juga yang bersimpati dengan nasib artis yang mempunyai dua orang anak itu.


Lagi cerita-cerita panas berkaitan pelakon Puteri Sarah

Kredit foto : TikTok @fasha89



Namun, Puteri Sarah dilihat begitu tabah menghadapi liku-liku hidup walaupun rumah tangganya dikatakan semakin meruncing tetapi dia dengan wajah yang ceria dan gembira dalam derita tetap hadir seperti biasa sebagai seorang pelakon di set penggambarannya. 

JIkalau wanita lain dengan masalah isu seperti itu, sudah pasti tidak akan keluar dari rumah kerana malu bertemu dengan masyarakat.



Menerusi video yang dimuat naik dalam  TikTok oleh pemilik akaun @fasha89, Puteri Sarah yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu dilihat sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama pelakon, Hannah Delisha di lokasi pejalan kaki di Bangi, Selangor. 

Seorang kru yang bertugas di penggambaran itu turut memuji sikap Puteri Sarah yang begitu profesional sebagai seorang pelakon walaupun menghadapi dugaan hidup yang berat.

Kredit foto : TikTok @fasha89


``Dia seorang wanita yang kuat dan tabah berdepan dengan kemelut rumah tangganya yang kini sedang hangat diperkata netizen,’’ kata kru itu.

Menurut Puteri Sarah, dia hadir di set penggambaran atas dasar tanggungjawab sebagai seorang pelakon dan keyakinan bahawa seandainya dia memudahkan urusan orang lain, Tuhan mungkin akan mempermudah urusannya.

‘’Allah sayang aku dan semua orang sayangkan aku. Semangat! Tanggungjawab kita jangan disia-siakan,’’ katanya yang dilahirkan di London, England. - KitaReporters


11
15
0
12
0

Copy Link: