Video| Piala AFF 2022: Harimau Malaya terkulai pada tangan Gajah Perang! Thailand berjaya ke akhir!
Published byHASRAT Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 tidak kesampaian selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Thammasat pada 10 Januari 2022.
Dalam aksi separuh akhir kedua, Malaysia yang hadir dengan kelebihan 1-0 ingin mengekalkan kelebihan itu namun ternyata Thailand berjaya memadam dengan mudah untuk mencatat kemenangan 3-0 dalam perlawanan tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF
Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan sangat besar kepada tuan rumah sementara pemain Malaysia seperti sukar untuk mengekalkan rentak permainan dalam perlawanan ini.
Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melakukan empat pertukaran pemain utama dengan harapan untuk mengubah corak permainan namun pemain yang diberikan kepercayaan sedikit gugup bila diturunkan.
Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi penjaring terbanyak mereka iaitu, Teerasil Dangda sebelum Bordin Phala untuk gol kedua pada minit ke-55 sebelum pemain gantian, Adisak Kraisorn menamatkan cabaran Malaysia untuk gol ketiga.
Anak buah Pan-gon cuba bangkit setelah ketinggalan namun prestasi pemain Thailand begitu baik dan menyukarkan pemain negara meledak jaringan.
Thailand ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut dan akan bertemu Vietnam pada 13 dan 16 Januari 2022 ini. Perlawanan akhir akan bermain secara timbal balik dan peraturan gol tempat lawan masih lagi di guna pakai dalam kejohanan ini. - KitaReporters