Video| Bertuah M Nasir! Konsert dapat tajaan! Pembeli tiket dapat tawaran hebat! Ada dinaik taraf!
Published bySELEPAS dua tahun penggiat seni tidak berpeluang mengadakan persembahan pentas secara terbuka, kini kesempatan tersebut terbentang di depan mata.
Justeru itu, tidak hairanlah pada tahun 2022 ini, banyak penganjur dan penyanyi tanah air berkolaborasi mengadakan persembahan pentas atau konsert untuk mengubati rindu peminat yang mahu menonton mereka beraksi.
Ada beberapa persembahan pentas oleh artis tanah air iaitu Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M Nasir, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) (27 Mei), Konsert Search Endemik, Zepp Kuala Lumpur (4 & 5 Jun), Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0, Bangi Resort Hotel (4 Jun) dan Konsert Search Rockin' On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur (11 Jun).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan acara konsert
Harga tiket untuk menonton konsert M. Nasir diberi diskaun kerana adanya tajaan daripada syarikat Zubir Food. Sdn. Bhd.
Untuk
penyanyi tempatan mendapat tajaan daripada korporat bukan mudah kerana syarikat
gergasi itu lebih gemar menaja artis luar. Namun penyanyi M Nasir boleh dikira
beruntung kerana ada pihak yang sudi menaja konsertnya.
Konsortium Industri
Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) yang bertindak sebagai penganjur konsert
tersebut, baru-baru ini mengumumkan yang pihak mereka telah ada penaja.
Pengerusinya Ayob Abdul Majid berkata, syarikat Zubir Food Sdn. Bhd., bermurah hati sudi menjadi penaja konsert tersebut dan sekali gus memberi manfaat kepada peminat.
Ayob Abdul Majid selaku penganjur harap peminat M.Nasir tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahan penyanyi tersebut.
“Sebelum ada
penaja, jualan meja untuk seorang adalah serendah RM500 seorang dan RM4,000
untuk satu meja. Bila sudah ada penaja Konsert Satu Hari Di Hari Raya M Nasir
ini, tiket yang berharga RM500 ditawarkan pada harga RM300 saja.
“Dengan
harga tersebut pembeli masih boleh lagi menikmati makan malam kerana selebihnya
akan dibayar oleh pihak penaja. Zubir Food
bersetuju untuk menaja 50 buah meja yg sebelum ini dikenali sebagai meja silver dan sekarang
dikenali dengan meja ZK,” terang Ayob tentang perubahan tersebut.
Bagaimanapun kata Ayob, meja VVIP dan VIP kekal dengan harga biasa dan pihaknya menawarkan potongan 10 peratus.
M.Nasir tetap akan menjadikan persembahan makan malam itu seperti konsert.
Tambahnya, konsert makan malam itu akan berlangsung selama 90 minit dan M Nasir akan mendendangkan 20 buah lagu popularnya dengan diiringi pemuzik hebat dan diserikan dengan sistem muzik serta lampu bertaraf konsert.
“Kami
percaya dengan adanya penajaan ini kami dapat menjemput ramai peminat Datuk
M Nasir yang lebih dua tahun tak dapat bersama beliau akan terhibur pada malam
tersebut.
“Pembeli tiket
sebelum ini akan menerima tiket baharu yang akan dinaik taraf menerusi
aplikasi WhatsApp atau email daripada mereka. Sebagai contoh jika mereka beli tiket
Gold, kami 'upgrade' kepada Platinum," katanya.
Selain IRAMA, Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Datuk M Nasir ini turut dianjurkan bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn. Bhd., dan Luncai Emas Sdn. Bhd.
Persembahan selama 90 minit daripada M.Nasir dengan lagu-lagu malar segar pasti menghiburkan.
Sementara itu, M Nasir melahirkan kegembiraan dapat beraksi di depan peminat selepas kali terakhir melakukannya tiga tahun lalu.
"Sebagai penyanyi, saya sendiri sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan. Saya anggap persembahan ini adalah sebagai hadiah untuk peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya sejak empat dekad lalu," katanya.
Tambah M Nasir,
walaupun konsert tersebut berkonsepkan makan malam, dia tetap akan pastikan
penonton terhibur. Penyanyi itu berjanji akan memberikan persembahan terbaik
seperti mana dia menjayakan konsert lain sebelum ini.
Selain untuk berhibur, konsert ini juga bertujuan untuk mengutip dana IRAMA bagi membantu penggiat seni yang memerlukan. - KitaReporters