Adam Corrie seru rakan artis! Henti beri komen mengelirukan!
Published byADA sesetengah artis begitu lantang dalam media sosial mempersoal tindakan para agamawan seperti mufti berkenaan Prosedeur Operasi Standard (SOP) dalam masjid dan surau. Tindakan itu menyebabkan pertelingkahan dan saling kecam-mengecam antara netizen. Ia dilihat tidak menyelesaikan masalah malah sebaliknya seperti menyimbah api dengan minyak. : KitaReporters
Pandangan seperti ini membuatkan orang ramai keliru.
Lagi kisah-kisah berkaitan SOP:
https://kitareporters.com/search?search=prosedur+operasi
Tidak salah untuk bersuara tetapi biarlah tepat pada landasannya. Jangan dek kerana kelantangan itu menyebabkan pengikut-pengikut dalam media sosial keliru.
SOP yang dikenakan ke atas masjid dan surau, tak lain tak bukan adalah untuk kemaslahatan umum.
Isu tersebut mendapat perhatian seorang lagi artis iaitu Adam Corrie Lee Abdullah walaupun tidak secara terang menyebut tentangnya. Pelakon yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 tampil memberi kenyataan menerusi Instagramnya.
Adam sering diundang menjadi tetamu jemputan dalam rancangan bercorak keagamaan.
Menurut Adam, janganlah menjadi sebahagian daripada
orang yang memberi pandangan mengelirukan terutama mengenai agama.
“Kita perlu banyak berguru. Makin ramai kita berguru dan belajar, rupa-rupanya kita baru tahu bahawa banyak lagi kita tak tahu dan perlu belajar.
"Pada era makin canggih ini, banyak pandangan hingga mengelirukan orang ramai dan kita sendiri. Janganlah kita menjadi salah seorang yang mengelirukan orang lain.
“Alhamdulillah saya sering dinasihatkan oleh murabi-murabi saya, kalau ada kekeliruan terus tanya mereka. Jangan tanya pada bukan ahlinya.
“Antara yang disampaikan oleh murabi saya tempoh
hari ialah mufti membuat hukum berdasarkan (usul fiqh) Islamic Jurisprudence
yang berasaskan Quran dan sunah juga.
“Antara wajib elak mudarat untuk menjaga nyawa dan
sunah dalam berjemaah, pastinya yang wajib lebih kuat. Tak pasti kita mesti rujuk
kepada yang pakar. Jangan rujuk orang yang tidak arif contoh seperti saya iaitu
seorang artis.
“Artis ini ibarat gula, ia penarik kepada semut. Jika betul sukatan gulanya , insya-Allah sedap dan memberi manfaat. Jika terlebih sukatan gulanya, ia menjadi penyakit pada yang menerimanya. Senyum selalu, selalu bersangka baik, insya-Allah hati tenang,” tulisnya.
Adam menasihati agar rakan artis tidak memberi pandangan yang mengelirukan.
Sementara itu, netizen bersetuju dengan apa yang
diperkatakan oleh Adam. Andai kita bukanlah ahli dalam sesuatu bidang itu,
lebih baik diam daripada memberi pandangan yang mengelirukan. - KitaReporters