ZAMAN sekarang ini terlalu banyak kisah pasangan suami isteri bercerai kerana masalah rumah tangga yang tidak dapat dielakkan. Tular dalam media sosial kisah seorang isteri yang terkejut apabila mendapat tahu suaminya mempunyai nafsu songsang atau kita semua gelar gay.

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Khairul Fahmi Ramli menerusi satu perkongsiannya dalam Facebook untuk dapatkan nasihat masalah rumah tangganya bersama suami.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Khairul Fahmi Ramli


Sebelum berkahwin wanita ini berkenalan dengan suaminya dalam tempoh sebulan sahaja melalui media sosial. 

Katanya, beliau berkenalan dengan suaminya yang solo, umurnya pada waktu itu lebih kurang 35 tahun sudah mempunyai kerjaya, rumah, dan kereta. 

Pertemuan beliau dan suami hanya sekali dan terus diajak nikah. Wanita ini pun tidak kisah kerana pada waktu tersebut baru putus cinta dengan bekas teman lelaki. Jadi, wanita ini beranggapan tidak payah berkenalan, kenal selepas nikah.

Akhirnya mereka disatukan dalam tempoh yang tidak sampai 3 bulan.



Awal perkahwinan, semuanya nampak macam bagus sahaja. Tetapi, ada sekali dia perasan saat dia mula langkah masuk ke rumah suaminya kelihatan kemas, sangat teratur dan sangat bersih rumahnya. Untung sangat mempunyai suami yang pembersih. Cuma, ada satu bilik di rumah tersebut yang ada baju lelaki bukan miliknya. Tetapi milik adik angkatnya.



Suaminya maklum yang dia ada adik angkat lelaki seorang. Jarang berada di Malaysia kerana bekerja sebagai pramugara. Jadi, si isteri tak kisah sangat sebab adik angkat lelaki. Jangan perempuan sahaja baginya. Selepas lebih kurang 6 bulan perkahwinan, suaminya maklum yang adik angkat itu nak tumpang sehari dua sebelum pulang ke kampung.

Ketika itu, si isteri sedang mengandung dalam 2 bulan. Tak kisah sangat jika adik angkat suaminya ingin menumpang di rumahnya. Adik angkatnya jambu rupanya. Pada malam itu, suaminya asyik bersembang dengan adik angkatnya hingga lewat malam. 

Jadi, dia tidur dahulu kerana keletihan. Ketika tengah malam, dia terjaga untuk buang air kecil tetapi kelibat suaminya tak kelihatan. Dia pun senyap-senyap keluar bilik dan lihat tiada siapa di ruang tamu. Dia cuba buka pintu bilik yang diberikan kepada adik angkat suaminya untuk bermalam tersebut perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya, bila dia melihat suaminya dengan lelaki tersebut, sedang tidur berdua diatas katil tanpa seurat benang.



Hangpa buat apa ni!!!!, Astaghfirullah hal azim, jerit wanita itu!

Suaminya bingkas bangun dari katil dan cuba kejar wanita itu yang sudah berlari untuk keluar rumah.

Dia bingung. Dia hanya tahu ketika itu, dia nak ambil kunci kereta dan nak keluar dari rumah itu sahaja. Selepas beberapa hari kejadian, dia datang untuk bertanyakan tentang apa yang dia harus lakukan. Hatinya telah 100% hancur.



Boleh ke isteri mohon cerai? 

Perbuatan suaminya itu sememangnya satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan hukum syarak. Persetubuhan luar tabie adalah perbuatan yang jelas satu perbuatan yang tidak bermoral dan dilarang oleh agama.

Seorang isteri berhak tuntut fasakh dengan alasan suami berkelakuan keji mengikut Seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008. Kebanyakan negeri semua hampir sama dengan peruntukan yang sama.

Susah tak, jika nak buktikan?

Beban pembuktian bagi kes fasakh yang diminta oleh isteri, tertanggung atas isteri. Jika si isteri dakwa yang suaminya berkelakuan keji dan bertentangan dengan hukum syarak, maka isteri kena buktikan. Sangat berat nak buktikan isu sebegini jika suami enggan mengaku. Walaupun mungkin memang berlaku di hadapan mata isteri sekalipun, ada kemungkinan suami tidak akan mengaku atau mungkin dia tidak akan hadir ke mahkamah.

Jadi, apa yang perlu isteri lakukan?

Bagi kesalahan yang berbentuk jenayah berat sebegini, sepatutnya isteri perlu melaporkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk proses tangkapan dan siasatan. Jika, suami terbukti bersalah dan dijatuh hukum, atas kesalahan liwat tersebut, barulah dia terbukti salah dan berkelakuan keji mengikut hukum syarak.

Jika mungkin, anda ada bukti-bukti lain seperti mesej lucah, gambar-gambar yang tidak senonoh dalam handset suami anda sekalipun, bukti itu mungkin tidak sampai ke tahap yakin dalam kes fasakh. Melainkan, memang suami telah dijatuhkan hukum atau memang suami mengaku di hadapan Hakim Syarie.

Jika fasakh susah, apa yang perlu dilakukan untuk  bercerai?

Bincang secara baik untuk berpisah secara baik jika isteri sudah tidak mampu teruskan. Perpisahan secara baik di bawah seksyen 47 Enakmen Keluarga adalah jalan penyelesaian terbaik. Tidak perlu kita nak buka aib mana-mana pihak. Cukup sekadar alasan tidak sefahaman. 

Yang terbaiknya adalah kedua-dua pasangan dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling terlebih dahulu.

Tak semua isu boleh selesai dengan perceraian. Ini adalah jalan terakhir. Yang terbaiknya adalah bawa berbincang dan dapatkan nasihat daripada mana-mana pegawai kaunseling yang bertauliah dan berpengalaman.



Kesimpulan, kes sebegini bukan isu yang baru. Suaminya ini bukan gay. Jika gay, dia mungkin tidak akan mahu untuk bersetubuh dengan wanita tersebut. Tapi suaminya mungkin ada masalah ‘biseksual’ iaitu perempuan pun dia nak, lelaki pun dia nak.

Apa-apa pun, ini bukan isu nafsu. Ini penyakit yang perlu diubat bagi seorang lelaki mahupun perempuan yang patut dirawat.

Jangan biarkan isu sebegini menjadi kebiasaan untuk didengar. Padah jika kita tidak tegas menanganinya.

Semoga, anda yang membaca penulisan ini, terpelihara dan jadikanlah kisah ini sebagai panduan. Rasa-rasa dapat tak pengajaran? - KitaReporters

14
20
0
11
0

Copy Link: