Sukarelawan Kebajikan pungut al-Quran rosak! Lebih 1 tan kitab rosak daripada mangsa banjir!
Published byKITAB al-Quran yang musnah serta rosak yang dipungut daripada mangsa banjir di daerah Temerloh, Pahang pada 25 Januari 2021. - Kredit foto: PSK Temerloh
KITAB suci al-Quran seharusnya dijaga sepanjang masa kerana ia melambangkan kesucian agama Islam meskipun kitab itu dalam keadaan musnah serta rosak akibat perbuatan manusia secara sengaja atau tanpa disengajakan.
Dalam kejadian banjir besar di negeri Pahang pada awal tahun 2021 baru-baru ini khususnya di daerah Jerantut, Maran dan Temerloh mengakibatkan mangsa-mangsa banjir bukan sahaja kehilangan harta benda malah kitab suci itu turut musnah atau dihanyut air bah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan al-Quran:
https://kitareporters.com/search?search=al-Quran
ZARINA Moidin meletatkan al-Quran rosak yang dipungut dari mangsa banjir ke dalam tong khas sebelum di hantar ke JAIP. - Kredit foto: PSK Temerloh
Menyedari hakikat kebenaran itu, satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah ditubuhkan dengan namanya, Persatuan Sukarelawan Kebajikan (PSK) Daerah Temerloh bertujuan untuk mengutip kitab suci al-Quran yang rosak serta musnah daripada mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
BUNGKUSAN al-Quran rosak yang diambil dari mangsa banjir di Temerloh, Pahang semalam 25 Januari 2021. - Kredit foto: PSK Temerloh
Setiausaha PSK Daerah Temerloh, Zarina Moidin berkata pihaknya bertindak sedemikian sebagai bertanggungjawab untuk memelihara kemuliaan kitab suci daripada dibuang merata tempat oleh mangsa banjir terbabit.
Beliau berkata, sehingga kini pihaknya berjaya memungut melebihi satu tan kitab tersebut dalam masa tiga hari di beberapa kampung sekitar daerah itu.
Menurutnya, program yang dilakukan oleh PKS disertai 10 anggotanya akan bergerak dari rumah ke rumah mangsa banjir untuk mengambil kitab yang rosak dari mereka.
``Kitab yang kami kutip itu akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Kredit foto: PSK Temerloh
``Kutipan al-Quran rosak ini bermula di rumah mangsa banjir di Taman Mentakab Indah dan setakat ini, sambutan orang ramai yang memberi kitab rosak itu sangat memuaskan,’’ katanya pada Isnin 25 Januari 2021.
Jikalau PSK Daerah Temerloh tidak berbuat demikian kemungkinan mangsa-mangsa air bah itu tidak akan simpan al-Quran yang rosak sebaliknya mereka akan buang kitab itu di merata tempat secara tidak langsung mencemarkan maruah agama Islam yang mulia.
Zarina berkata pihaknya menjangka akan dapat memungut kitab yang rosak itu sebanyak tiga tan dalam masa seminggu dari orang ramai yang terbabit banjir di daerah berkenaan.
``Kita akan terus melaksanakan kerja-kerja amal seperti ini kerana masih terdapat ramai lagi yang akan memberi kitab itu kepada kami untuk dilupuskan secara teratur dan mengikut kaedah hukum agama Islam,’’ katanya lagi.