Teruskan sifat terpuji! Dai Wan sokong Syahmi, Mael Totey!
Published bySAMBUTAN luar biasa yang diterima oleh filem berjudul Mael Totey The Movie terus diperkatakan. Dalam masa empat hari, filem yang dibintangi Syahmi Sazli, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid dan Kamarool Yusoff itu berjaya mencapai kutipan sebanyak RM2.56 juta! : KitaReporters
Siapa sangka filem ini mendapat sambutan luar biasa walaupun tidak membariskan pelakon-pelakon popular. - Kredit Foto: Astro first
Lagi cerita-cerita berkaitan filem:
https://kitareporters.com/search?search=filem
Walaupun pengarah yang juga merangkap penerbit, Syahmi Sazli tidak mempunyai pengalaman mengarah drama atau filem dan hanya sekadar menghasilkan drama pendek untuk tayangan dalam YouTube, ia bukan penghalang untuk filem ini menerima sambutan luar biasa.
Itulah yang dinamakan rezeki. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Mungkin ramai sedia maklum, ada barisan pelakonnya terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) iaitu Asif, Yoe dan dua orang lagi.
Mungkin disebabkan kehadiran insan-insan istimewa ini filem tersebut mendapat sambutan. Syabas dan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Astro yang memberi sokongan terhadap filem tersebut.
Namun, dalam ramai itu, ada seorang pelanggan Astro yang menarik perhatian iaitu tak lain tak bukan pendakwah bebas dan juga bekas peserta rancangan bercorak islamik iaitu Dai Wan atau nama penuhnya Wan Dazrin Wan Din.
Rupa-rupanya Dai Wan merupakan salah seorang penyumbang kutipan luar biasa filem tersebut. Dia memuat naik tangkap layar mesej yang diterima dari Astro First selepas melanggan filem tersebut di Instagram.
Dai Wan salah seorang penyumbang kutipan luar biasa filem Mael Totey The Movie.
Menurut Dai Wan, dia berharap Syahmi dapat
meneruskan sifat terpuji yang ada dalam diri pengarah tersebut. Malah, menurut Dai Wan, Syahmi telah membuktikan sekiranya kita saling berkongsi rezeki,
Allah SWT akan menaikkan darjat seseorang itu.
“Semoga Allah SWT menjaga keluhuran peribadimu sampai bila-bila @syahmisazli. Teruskan berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang upaya. Lihat Allah SWT angkat darjatmu di sisi manusia. Jadikan ia akar yang bertunjang kesederhanaan selalu pada diri. Rezeki Allah, adalah rezeki bersama,” tulis Dai Wan.
Selain itu, Dai Wan turut menjelaskan dia menyokong
usaha-usaha murni yang telah Syahmi lakukan walaupun mereka tidak pernah
mengenali antara satu sama lain.
“Saya sokong usaha-usaha kamu selalu walaupun kita tidak pernah mengenali satu sama lain, kita tetap saudara sesama Islam. Itulah Islam. Itulah kesejahteraan yang dibawa kita dalam mencari ke arah mana syurga,” jelasnya.
Benar kata Da’i Wan, dalam rezeki kita ada rezeki
orang lain. Jadi, tak salah kalau kita berkongsi rezeki apatah lagi bersama
insan-insan istimewa. Malah, dengan berkongsi rezeki, Allah akan mengangkat
darjat kita di mata manusia. Allahuakhbar! - KitaReporters