Video| Sweetnya dua beradik ni! Kasih sayang adik beradik! Sayu tengok adik cium dahi kakak!
Published byAIR dicincang tidak akan putus. Itulah perumpaan yang selalu kita dengar dalam hubungan adik beradik. Bergaduhlah atau berselisih faham antara adik beradik, tetapi mereka sahaja yang ada untuk kita selama-lamanya.
Dalam TikTok tular video adik beradik yang sudah berusia 80 tahun masih lagi menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain tanpa rasa malu walaupun sudah berusia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan adik beradik
Keakraban nenek dengan adiknya tercinta jelas terpapar daripada video ini apabila melihat gelagat nenek yang melawat adik lelakinya.
Dilihat si nenek dan adiknya bersalaman minta maaf dan si adik mencium si kakak tanda merindui sambil bertanya khabar adiknya selera makan ataupun tidak.
Ternyata video tular ini membuatkan ramai orang di luar sana berasa sangat terharu melihat hubungan adik beradik ini. Ada juga antara mereka menyatakan kelakuan nenek ini persis nenek kita yang berada di kampung.
Gelagat 'sayang' mereka itu membuatkan ramai yang tersentuh.
Mai nak sayang…sayanglahh dua beradik…
Rata-rata orang ramai mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua. Tak kurang juga ada yang rindu dengan kampung halaman.
Semoga diberi kesihatan yang baik dan panjang umur kepada dua beradik ini…
Semoga hubungan kita dan adik beradik sweet hingga ke tua macam adik beradik nenek ni. - KitaReporters