Suraya buktikan ibu tunggal boleh berjaya! Galas tugas besar syarikat antarabangsa di Abu Dhabi!

Published by
KitaReporters

Suraya Harif ketika menjalankan tugas di Dubai Airshow.


KEGAGALAN membina hidup berkeluarga bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk bangkit dan memulakan perjalanan hidup dengan lebih berjaya.

Wanita cekal dan bermotivasi tinggi ini membuktikan kegagalan dalam hidup berumah tangga tidak menghalang untuk dia kembali bangkit dan akhirnya kini menikmati saat manis daripada hasil usahanya sendiri.

Bagi Suraya Harif, kepedihan yang dilalui tidak perlu dikenang lagi sebaliknya terus bangkit semula demi kehidupan yang lebih sempurna. 


Lagi kisah menarik berkaitan ibu tunggal

Suraya gigih menempui cabaran hidup


Walaupun hidup berseorangan, Suraya atau lebih mesra dengan panggilan Sue tetap tabah hidup berdikari dengan melakukan apa sahaja kerja untuk menyara hidup lima anak hasil perkongsian hidup dengan dua bekas suaminya.

Wanita  berasal dari Kuala Lumpur ini tetap reda apabila terpaksa menggalas status ibu tunggal tetapi nekad untuk terus berjaya membina kehidupan dengan gelaran janda itu.


Suraya (dua dari kanan) mewakili Malaysia menandatangani MOU dengan syarikat antarabangsa di Dubai.


Berkongsi pengalaman hidup sebagai ibu tunggal, Sue akui sudah lali dengan ragam hidup manusia sekeliling namun itu semua dianggapnya sebagai asam garam kehidupan terutama dalam era serba moden.

“Ibu tunggal macam Sue ini pelbagai rintangan yang pernah dilalui tetapi tetap positif menghadapi cabaran,” katanya,


Sebagai pencinta alam, Suraya menaiki bot untuk meninjau Taman Negara


Suraya menyantuni kehidupan Orang Asli di Taman Negara


Selepas lima tahun berstatus ibu tunggal dan tiada kerja yang sesuai untuk membina hidup akhirnya rezeki menyebelahi Sue apabila dia diterima bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa.

Wanita yang berusia 47 tahun kini menggalas jawatan eksekutif dengan syarikat pengurusan dana, perniagaan hartanah dan pengurusan minyak dan gas serta penyewaan jet peribadi dan kargo udara yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Beliau yang satu-satunya wanita yang diterima menerajui syarikat milik antarabangsa tersebut bersyukur kerana status ibu tunggal itu tidak menghalang dirinya untuk berjaya seperti insan-insan lain. 


Suraya menghadiri program di Dubai


Sue kini menetap di negara Arab tersebut sejak Ogos 2021 lalu mengakui teruja dengan tanggungjawab yang digalas walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak berikutan beban tugas yang diamanahkan kepadanya.

Biarpun hidup di negara orang namun ingatan kepada anak-anak dan keluarga tetap dihati. Kesemua anaknya kini yang berada di Kuala Lumpur dan Seremban dalam jagaan keluarga terdekat.

“Kehidupan kini sudah berubah apabila tinggal di negara orang dan mempunyai tanggungjawab berat sebagai pekerja,” katanya. - KitaReporters


Suraya ibu tunggal yang gigih berusaha membina kehidupan 


Suraya kini menerajui sebuah syarikat antarabangsa di Dubai

18
15
2
16
2

Copy Link: