Video| Gempar! Bintang dangdut Ayu Ting Ting batal nikah 20 Feb 2021! Tiada alasan diberikan!
Published byAyu Ting Ting, 28, iaitu salah seorang penyanyi dangdut kelas A Indonesia, mengemparkan peminatnya dan menjadi bahan berita ‘panas’ dalam media cetak, elektronik dan media sosial sejak Rabu, 3 Februari 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ayu Ting Ting:
https://kitareporters.com/search?search=ayu+ting+ting
Kredit foto: Liputan6.com
Dalam pertemuan itu Ayu mengesah pernikahannya yang dijadual pada Sabtu, 20 Februari 2021 ini dibatalkan atas kehendaknya.
Namun Ayu yang lahir pada 20 Jun 2016, enggan menyatakan lebih lanjut kenapa dia membatalkan pernikahan yang sepatutnya cuma ‘menghitung hari’ itu.
Cuma katanya tidak ada jodoh dan percaya urusan jodoh, rezeki dan maut Tuhan yang menentukan.
Berita hubungan dengan kekasihnya kandas mula menarik perhatian ramai apabila Ayu menghapuskan gambar-gambar dia bersama kekasih dalam Instagramnya beberapa hari lalu.
Adit dikatakan seorang usahawan.
Ayu pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon India, Shaheer Sheikh
Gagalnya pernikahan yang hanya menanti hari ini dikatakan disebabkan tiada persetujuan dalam beberapa perkara yang tidak dapat diselesai pada minggu-minggu akhir.
Ayu tegas dengan pendiriannya untuk mengutamakan keluarga meliputi ayah, ibu, adik dan anaknya dan mahu ‘suami’ juga menjaga anggota keluarga dan perlu tinggal bersama keluarganya di Depok.
Ayu mahu perkahwinan keduanya menjadi perkahwinan abadi setelah perkahwinan pertamanya menemui kegagalan tujuh tahun lalu.
Ayu menjadi artis rakaman pada 2007 ketika berusia baru 15 tahun melalui album berjudul ‘Geol Ajeb-Ajeb’ dan dan popular dengan lagu ‘Salah Alamat’ dan ‘Asik Asik’.
Ketika namanya sedang memuncak dan baru berusia 20 tahun, Ayu membuat keputusan mengejut berkahwin dengan pemuda dikenali sebagai Henry Baskoro Hendarso (lebih dikenali sebagai Enji) pada 4 Julai 2013.
Ayu enggan membenarkan Enji (kanan) untuk menemui Bilqis yang sudah berusia lima tahun.
Rumah tangga Ayu dan Enji tidak bahagia dan pada 1 April 2014, Ayu mengaju permohonan cerai dan akhirnya kedua-duanya disah berpisah oleh Mahkamah Syariah Depok pada 27 Jun 2014.
Belum enam bulan bernikah, Ayu melahirkan seorang bayi di Jakarta pada 31 Disember 2013. Ayu ketika itu sentiasa mengelak apabila ditanya karyawan media mengenai usia kandungannya.
Bagaimana isu anak yang dikata ‘anak luar nikah’ itu hilang apabila bayi perempuan itu lahir pada 31 Disember 2013. Bayi itu diberi nama Bilqis Khumairah dan berbinti bapa Ayu iaitu Abdul Rozak.
Bilqis diberi penuh kasih sayang oleh Ayu dan keluarganya dan Ayu melarang Enji menemui Bilqis yang kini berusia 5 tahun.
Kredit foto: IG Ayu Ting Ting @ayutingting92
Ayu Ting Ting adalah antara selebriti yang ramah dengan media menyebabkan kisahnya sering menjadi bahan liputan.
Selepas membuat pengakuan membatalkan pernikahannya, pada Khamis, 4 Februari 2021 pelbagai stesen TV di Indonesia membuat liputan meluas.
Rancangan ‘Rumpi No Secret’ di Trans TV pada Khamis, 4 Februari 2021 mengundang perancang perkahwinan bagi pihak Ayu Ting Ting dikenali sebagai Lukman Karim bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembatalan majlis pernikahan dan majlis resepsinya.
Menurut Lukman, dia sudah mendapat kebenaran Ayu untuk memberi keterangan lanjut kerana Ayu mahu berita pembatalan pernikahan itu diberita secara benar oleh pihak yang terbabit.
Kata Lukman, persiapan pernikahan dan tiga resepsi telah dirancang di Depok dan Jakarta dibatal setelah setelah persiapan lebih 90 peratus sudah siap.
Majlis melamar sepatutnya berlangsung pada 14 Februari 2021. Beberapa minggu lalu Ayu dan Adit sudah melakukan ‘fitting’ pakaian pengantin di salah satu butik di Jakarta.
Rancangan ‘Rumpi No Secret’ disiar secara langsung di salah satu satu studio Trans TV pada jam 2 petang (waktu tempatan). Sedangkan Ayu Ting Ting menjadi menjadi salah seorang pengacara rancangan ‘Brownis’ di studio bersebelahan pada jam 12.30 hingga 2 petang.
Ayu (dua dari kiri) selepas selesai siaran langsung 'brownis' di Trans TV pada 4 Februari 2021.
Ayu tetap bersifat profesional sebagai hos bersama Ivan Gunawan dan Ruben Onsu dengan memperlihatkan keriangan seperti biasa. Dia memakai pakaian hitam dan berkaca mata hitam yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan mendendang lagu ‘Bintang Kehidupan’ dengan Ivan Gunavan dengan bertenaga.
Ayu seakan ingin menyembunyikan kesedihannya gagal membina perkahwinan kali kedua setelah gagal pernikahan pertama dahulu.
Dalam program ‘Brownis’ pada Jumaat, 5 Februari 2021, Ayu terus memperlihatkan keceriaannya seperti tiada peristiwa sedih dialaminya. Ayu sudah mempunyai nama dan kekayaan dalam dalam usia masih muda dan membantu kehidupan keluarga.
Cuma dia juga memiliki sejumlah kegagalan dalam kehidupannya.
Selepas kegagalan perkahwinan pertamanya, dia menjalin hubungan cinta dengan beberapa orang termasuk dengan pelakon India, Shaheer Sheikh yang pernah berlakon beberapa bulan di Indonesia. Terakhir bersama pemain drum bernama Didi Riyard sebelum bercinta dengan Adit.
Namun semuanya menemui kegagalan.
Apakah selepas ini Ayu akan memilih Ivan Gunawan Putra, 39, (Igun) sebagai pasangan hidupnya. Ivan yang merupakan salah seorang perancang pakaian terkenal Indonesia, ahli perniagaan dan kini sebagai personaliti TV dan penyanyi.
Ivan memendam untuk memiliki Ayu sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi dangdut. Dia turut memberi perhatian kepada anak Ayu, Bilqis.
Ayu selama ini menganggap Ivan sebagai sahabat yang baik dan tidak pernah menyatakan perasaan cinta walaupun mereka kelihatan mesra dalam program ‘Brownis’. Namun adakah kini perasaan cintanya terhadap Ivan sudah terbit.
Masa akan menentukan adakah bakal suami Ayu adalah Ivan Gunawan atau lelaki lain. - KitaReporters