Video| Ini baru kaya! Beli tunai SUV, bawa duit dalam guni! Warga emas teringinkan Pajero Sport!

Published by
KitaReporters
Mbah Kerto bawa wang not sekarung guni untuk membeli Pajero Sport. - Kredit foto: kompas.com

Jangan suka melihat seseorang dari luaran sahaja. Orang yang sering berpakaian kemas tidak semesti berduit, malah hidup sesak. Sebaliknya orang yang berpakaian selekeh tidak semestinya hidup dalam kemiskinan. Sebaliknya mereka jauh lebih kaya daripada orang yang berpakaian kemas. 

Masyarakat Indonesia terkejut dengan video yang tular dalam sejumlah laman sosial serta berita dalam media cetak dan elektronik memperlihatkan seorang lelaki tua yang selekeh membeli sebuah kereta mewah jenis Pajero Sport dengan wang tunai yang dibawa di dalam guni beras

Sebelum ini ada kejadian orang membeli motosikal secara tunai dengan membawa duit dalam guni. Kini sebuah kereta pula.


Mbah Kerto terus memandu membawa pulang Pajero Sportnya selepas membayar tunai. - Kredit foto: kompas.com



Namun apa yang dilaku oleh Mbah Kerto adalah pertama di Indonesia. Pertama kali orang membeli kereta mewah secara tunai dengan membawa duit di dalam guni. 

Mbah Kerto membeli Mitsubishi Pajero Sport itu di sebuah bilik pameran di Lumajang, Jawa Timur dan terus membawa pulang setelah menyerang gumpalan wang not kepada pihak pengurusan.

Kisah unik Wak Karto menyebabkan dia yang tinggal di Desa Ranupane, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur menjadi tumpuan wartawan.

Antara wartawan yang berkunjung ke rumahnya adalah dari media Kompas.



Rupa-rupanya Mbah Kerto yang berusia 103 tahun ini merupakan satu-satunya warga tua yang masih hidup di daerahnya.

Meskipun sudah lanjut usia,, namun kulitnya tidak berkedut seperti orang lanjut usia, Cuma tanda-tanda ketuaan yang biasa melekat kepada orang-orang seusianya, tidak nampak sedikitpun selain rambut dan janggut yang sudah putih.

Dalam usia lanjut, Mbah Kerto masih boleh bertani bagi menampung kehidupannya.


Dia menanam antaranya kentang, bawang merah dan kobis di ladangnya. Mbah Kerto sebenarnya seorang jutawan petani. Dia pernah memiliki lebih 30 hektar tanah pertanian

Namun sebahagian besar sudah diserah kepada dua anak angkatnya.Dia kini cuma mengusahakan 6 hektar dengan tanaman kontan.

Dengan tanah yang dimiliki, Mbah Kerto mampu memperoleh 150 tan kentang sekali tuaian dan menghasilkan  Rp1.3 miliar (kira-kira RM 350 ribu). Dalam setahun dia membuat tuaian 4 kali.Dia sudah mempunyai dua kereta mewah, tiga kereta pikap dan tiga buah lori.

Namun dia kini berhasrat untuk membeli Pajero Sport.

Demi menjaga kesihatan, Mbak Kerto tetap bertani walaupun sudah menjadi jutawan tani. - Kredit foto: kompas.com

Di kampung tidak mempunyai bank dan mesin pengeluaran wang (ATM). Jadi dia lebih senang menyimpan wang di tempat tersembunyi di rumahnya

Mbah Kerto sudah empat kali berkahwin tanpa ada zuriat. Hanya isteri tua tidak dicerai tetapi meninggal dunia lebih awal daripada Wak Kerto. 

Walaupun tidak punya zuriatl dua anak angkatnya dianggap anak sendiri yang bakal mewarisi ladang tanamannya.

Selagi bernyawa Wak Karto terus bertani termasuk menyangkul demi menjaga kesihatannya. Wak Kerto menganggap tubuh seperti enjin yang perlu diberi minyak pelicir jika tidak mahu berkarat.

Wak Kerto sewajarnya dijadikan inspirasi bagi golongan tua dalam menjaga kesihatan. - KitaReporters

15
17
0
13
0

Copy Link: