300 pengusaha pelancongan, penduduk terima 2 dos vaksin COVID-19! Tasik Kenyir dibuka 1 Sept!
Published byTasik Kenyir, Hulu Terengganu
INDUSTRI pelancongan di Terengganu yang malap berikutan pandemik COVID-19 sejak Februari 2020 akan kembali bercahaya apabila pusat pelancongan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu akan mula dibuka kepada pengunjung bermula 1 September 2021.
Pembukaan tasik terbesar dan mempunyai ratusan pulau-pulau itu dijangka memberi nafas baharu kepada pemain sektor pelancongan negeri ini yang sudah lama 'berehat' akibat penutupan aktiviti pelancongan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tasik Kenyir
Razali Idris
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Razali Idris berkata pembukaan tersebut memberi peluang kepada sektor pelancongan dalam negeri kembali 'bernyawa'.
Katanya, keputusan untuk membuka pusat pelancongan tersebut dibuat setelah 300 penggiat pelancongan di Tasik Kenyir telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Beliau berkata, mengambil kira tempoh matang suntikan iaitu 14 hari, kita akan juga menjalankan proses sanitasi kepada semua rumah bot sebelum beroperasi pada 1 September dan sanitasi ini akan berterusan setiap kali penggunaannya.
Sehingga ini, seramai 300 individu yang terbabit dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir, termasuk kira-kira 200 penduduk sekitar sudah menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19.
Pemain sektor pelancongan Tasik Kenyir sudah mendapat suntikan vaksin dua dos
Razali berkata, pembukaan sektor itu juga berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP), amalan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimum di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Terengganu.
Selain itu katanya, pihaknya juga dalam perancangan untuk memberikan diskaun untuk setiap tempahan rumah bot sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.
House boat Tasik Kenyir daya tarikan pelancong ke negeri Terengganu
"Dalam masa terdekat, kita akan umumkan harga dan jumlah diskaun yang diberikan kepada mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan rumah bot.
"Ia merupakan salah satu inisiatif kepada pengusaha itu sendiri selain membantu pengurangan kos melancong pada musim wabak ini," ujarnya lagi. - KitaReporters
Acara berkayak di Tasik Kenyir