HUBUNGAN percintaan sesama artis tidak semestinya berakhir ke gerbang perkahwinan. Ramai golongan artis yang mengakhiri percintaan setelah bertahun-tahun bercinta.  Antara pasangan artis terbaharu yang yang desas-desusnya terputus hubungan cinta setelah lima tahun berpacaran ialah Mimi Lana (Mimi Rozaiana Zainal Abidin), 25, dan Syafiq Kyle (Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak), yang memasuki usia 28 pada 29 Jun 2020 nanti. : KitaReporters  

Mimi Lana dan Syafiq Kyle .... Putus hubungan setelah lima tahun bercinta. - Kredit foto: IG mylovevesskml

Hubungan mereka dilaporkan sudah berakhir sejak Ramadan lalu kerana sudah tiada persefahaman.
Mimi Lana mula terlibat dalam bidang lakonan pada 1993 dengan drama ‘Kisah Cinta’. Dan selepas itu banyak memegang peranan utama dan pembantu dalam pelbagai drama.


‘Pusaka’ adalah filem pertama lakonannya di mana Syafiq Kyle turut berlakon. 

‘Pusaka’ adalah antara filem tempatan memungut kutipan tiket tertinggi pada 2019. Baru 18 hari ditayang mulai 31 Oktober 2019, filem ini berjaya mengutip RM11 juta.

Mimi Lana dan Syafiq Kyle berlakon bersama dalam filem 'Pusaka'. Kredit foto: Astro Shaw


Sementara itu, Syafiq Kyle mula berlakon dalam drama rantaian ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis pada 2012. 

Dan dia semakin dikenali apabila menjadi antara pelakon utama drama rantaian ‘Nur 1 dan 2’ di TV3.

Mimi Lana mempunyai tiga IG. Namun IG #mimilana masih memaparkan sejumlah gambar mesra dengan Syafiq Kyle termasuk video live chatting antara mereka.

Begitu juga dengan Syafiq Kyle yang mempunyai dua IG. Salah satu IGnya @mylovesskml masih memaparkan gambar dan video kemesraan mereka berdua.

Walaupun percintaan didesasdesuskan sudah berakhir, namun Mimi Lana tidak menolak kemungkinan kedua-duanya untuk berlakon bersama atas sifat profesional. - KitaReporters

1
1
0
0
0

Copy Link: