Bakat dah ada! Gaya pun ada! Wawa sebagai wartawan terjah?

Published by
KitaReporters

NETIZEN Malaysia bukan saja mempunyai kepakaran dalam bidang membawang dan serangan dalam media sosial tetapi juga bijak dalam menilai bakat seseorang itu. Ada pula yang boleh membawang selamba dek macam pengacara profesional sebuah program TV. Bakat dah ada! Boleh pergi uji bakat dah!! : KitaReporters 


Niat di hati Ai Wahida atau nama manjanya Wawa sebenarnya nak luahkan apa yang terjadi di sesebuah kedai  kasut itu yang tidak berpuas hati cara layanan pekerja di kedai tersebut terhadap dirinya. 

Tetapi, netizen tertarik cara beliau bercerita bersahaja seperti pengacara TV atau sesebuah rancangan TV pula. Macam wartawan pun ada sis. Terbaik dari ladang sis!!! 

Kredit Video Anissashimi 


Kalau tengok semula video ini... betul juga kan? Macam pengacara yang baru lepas terjah kedai pula. 

Boleh jadi pengacara Melodi segmen terjah!!! 

Kredit gambar IG Ai Wahida 


Rupa dah ada, bakat ada, mana tahu selepas ini benar-benar jadi pengacara TV. Kuasa viral sekarang bukan beshe-beshe ya.

Kalau terjadi, jangan lupa 'payung' teh ais ikat tepi satu!!! 

Lantaran itu, ramai juga netizen yang memuji Wawa ini. 

Video berdurasi 55 saat yang dikongsi oleh @anissashimi itu telah ditonton hampir 900,000 tontonan. 




Berbalik kepada video asal tersebut, mesti ramai antara kita pernah alami situasi seperti itu kan? 

Masuk ke kedai dapat layanan 'hampeh'. Dari niat nak beli terus tak jadi beli di kedai itu.

Kadangkala kita pergi membeli belah atau pusat beli belah bukanlah nak membeli terus, sebaliknya pergi melihat dahulu barang dan harga. 

Ada juga antara kita yang sekadar masuk untuk mencuci mata. Itu pun satu kepuasan bagi mereka biarpun tak membeli.

Kalau tengok video itu, kita pun naik geram dengan layanan pekerja di kedai kasut itu. Lagi menjengkelkan, boleh pula dia cakap kalau nak murah ada di luar. 

Amboii, pekerja ini pun, entah-entah dia pun tak pakai barang di kedai itu!!!

"Jangan terlalu berbanggala kalau awak dekat dekat satu company yang mewah atau awak bekerja dekat yang branded sebab awk pun sebagai pekerja sebagai staff bukannya owner," tegur Wawa. 

Video itu juga disahkan sendiri oleh Wawa. 


Seperti biasa, netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui situasi seperti itu.



1
1
0
0
0

Copy Link: