KERANA MEREKA DJ DAVE JADI PENYANYI? SIAPA?
Published bySETIAP 14 Februari orang ramai akan mengingatinya sebagai Hari Valentine. Tidak ramai yang mengingati tarikh tersebut sebagai hari kelahiran penyanyi veteran terkenal, Datuk DJ Dave. Pada Jumaat, 14 Februari 2020, DJ Dave genap 72 tahun. Dia masih kelihatan gagah dan sihat dalam usia senjanya. : KitaReporters.com
Satu perkara yang menarik bagi DJ Dave ialah sejak 48 tahun lalu dia merayakan ulang tahunnya dengan golongan kanak-kanak istimewa di tempat-tempat berbeza di Malaysia.
Dalam sambutan hari lahir ke-72 pada 14 Februari 2020, DJ Dave meraikannya bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu, dia menyambut hari ulang tahunnya bersama kanak-kanak istimewa dan kurang bernasib baik.
"Saya akan berusaha meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik sepanjang hayat saya. Saya akan cuba nak berikan kegembiraan kepada mereka.
"Kalau saya dah tak larat satu hari nanti pun, saya akan jemput mereka datang ke rumah saya pula untuk meraikan bersama-sama dengan kanak-kanak itu semua," katanya kepada petugas media.
Mengapa kanak-kanak cukup istimewa kepada DJ Dave?
"Ada cerita mengapa saya sentiasa mahu bersama kanak-kanak setiap kali ulang tahun kelahiran. Sebenarnya kerana mereka (kanak-kanak), saya menjadi seorang penyanyi.
"Pada suatu hari saya ke sebuah rumah kebajikan di Cheras. Ada seorang budak datang kepada saya beritahu suara saya sedap menyanyikan lagu. Dia minta saya menyanyikan lagu bahasa Melayu.
"Itulah sebabnya saya keluar dengan lagu Maafkanlah. Lagu itu kemudian menjadi hit. Disebabkan mereka (kanak-kanak) saya menjadi penyanyi," ceritanya.
DJ Dave yang pernah bekerja di Pejabat Pos (kini Pos Malaysia) dan menyanyi secara sambilan. Ketika itu, banyak menyanyi lagu Barat.
Mendengar nasihat kanak-kanak itu membuat DJ Dave belajar menyanyi lagu berbahasa Melayu.
Dua lagu itu terus menaikkan nama DJ Dave sebagai antara penyanyi top negara ketika itu. Malah dia menjadi penyanyi bukan Melayu paling berjaya ketika itu.
Populariti DJ Dave semakin menyerlah apabila berpindah ke syarikat rakaman antarabangsa EMI. Di EMI, DJ Dave menjadi penyanyi top bersama dengan Hail Amir dan Uji Rashid.
Dia kini menjalankan beberapa perniagaan di samping menjadi Presiden, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) yang ditukar nama pada 5 Jun 2018 dari Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M).
DJ Dave menggunakan nama Irwan Shah apabila memeluk Islam dan mendapat pingat yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada 2005 daripada Gabenor Sabah ketika berusia 59 tahun.
DJ Dave menyampaikan lagu 'Maafkanlah' yang mempopularkan dirinya sebagai artis rakaman