SYUKUR!! GALERI RAIHAN KINI DI GALERI RAHSIA
Published bySIAPA sangka, sebuah mini galeri atau muzium khas perjalanan kerjaya kumpulan Raihan sejak 1996 yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall yang dijemput khas Ratu Elizabeth Alexandra Mary ke-2, Ratu United Kingdom, kini dipamerkan di Galeri Rahsia di Ampang, Kuala Lumpur.
Menurut Che Am, salah seorang anggota Raihan, banyak poster persembahan Raihan yang diterbitkan sepanjang kerjaya Raihan dipamerkan di Galeri Rahsia ini.
"Imej-imej dinding (poster) ini sudah lama tersimpan cuma tidak dipamerkan untuk pengetahuan umum, jadi kali ini bila ada peluang dan ruang meletakkan bahan-bahan sejarah kerjaya Raihan ni, kami kongsikan dengan umum," kata Che Am.
Perkongsian ini bagi memaklumkan apa pencapaian Raihan semenjak ia ditubuhkan pada 1996 hingga kini, yang diterjemahkan dalam koleksi poster dan gambar-gambar yang meletakkan imej Raihan dan pencapaian Raihan di dalam dan luar negara, seperti UK, Rusia, Jerman dan Dubai.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Berita Harian yang baru-baru ini mengiktiraf Raihan sebagai pemenangnya yang berhak menjulang piala itu, berasa sudah masanya mereka berkongsi banyak pencapaian mereka kepada peminat dan umum.
Sehingga kini, ramai yang membesar dengan lagu-lagu nasyid daripada Raihan. Namun tidak ramai yang mengetahui pencapaian Raihan.
Kesempatan ini membawa mereka berkongsi segala pencapaian mereka kepada umum dan boleh dijadikan sebagai bahan sejarah atau penyelidikan untuk pihak yang berminat.
"Koleksi ini sejak kami mula membuat persembahan ke seluruh dunia dan tidak pernah kami kongsi sebelum ini, ada poster yang sangat rare tak dapat di mana-mana, insya-Allah kami akan umumkan dalam waktu terdekat setelah isu-isu teknikal selesai kami tandatangani," jelas Che Am lagi.
Bagi mereka yang mahu menyaksikan sendiri Galeri Raihan ini, boleh berkunjung ke Galeri Rahsia di 84, Jalan Damai, Ampang, Kuala Lumpur.
Lebih 50 poster yang tidak pernah dilihat pamerkan kepada umum dapat disaksikan sendiri oleh para pengunjung.
Selain menyaksikan sendiri bahan sejarah pameran Galeri Raihan, pengunjung juga boleh memesan minuman dan makanan sambil duduk di tepian kolam renang di Galeri Rahsia ini.
Jadi kepada peminat Raihan, saksikanlah sendiri sebuah rumah yang diubah menjadi galeri ala cafe yang menyimpan segala kejayaan kumpulan Raihan di luar negara khususnya.
Saksikan...