ASHA PAREKH: CINTANYA HINGGA KE PENGHUJUNG NYAWA
Published byCINTANYA hanya satu. Sekali sudah dipilih hati tidak berbelah bahagi. Apabila insan disayangi pergi buat selama-lamanya, terpadamlah kasih sayang, musnahlah istana cinta yang tidak kesampaian.
ASHA PAREKH
Inilah derita yang ditanggung oleh aktres Asha Parekh, 77, yang memendam cinta dengan pengarah/produser filem Nasir Hussain, insan yang bertanggungjawab membawanya ke layar perak melalui filem Dil Deke Dekho pada tahun1959.
Filem ini merupakan
arahan kedua Nasir Hussain selepas percubaan pertamanya sebagai pengarah
melalui filem Tumsa Nahin Dekha (1957) yang dibintangi Shammi Kapoor mendapat sambutan hebat.
Dil Deke
Dekho bukan sahaja
menemukan Nasir sebagai pengarah dan Asha sebagai pelakon utama, tetapi menyerlahkan
keserasian kombinasi mereka. Kejayaan filem ini menjulang nama Asha sebagai
antara aktres pujaan dan Nasir Hussain sebagai pengarah terkenal.
NASIR HUSSAIN
ASHA PAREKH bersama Shammi Kapoor dalam 'Dil Deke Dheko', filem yang menjulang namanya sebagai aktres.
Selepas itu Nasir terus memberi kepercayaan kepada Asha untuk menjadi leading lady dalam filem-filemnya, termasuk filem-filem pecah panggung seperti Teesri Manzil (1966) bersama Shammi Kapoor; Pyar Ka Mausam bersama Shashi Kapoor (1969) dan Caravan (1971) bersama Jeetendra.
Kejayaan
filem-filem yang dibintanginya menjadikan Asha antara aktres yang menerima bayaran
paling tinggi dalam dunia perfileman Hindi.
Kekerapan
bekerjasama dalam filem membenihkan bunga kasih. Bagi Asha, hanya Nasir Hussain
yang berjaya menambat hatinya. Malah Asha pernah berkata: “Hanya dia insan yang pernah bertakhta di
hatiku”.
Sayang
sekali cinta itu tinggal terpendam sehinggalah ke akhir hayat Nasir pada 2002. Sukar
dan rumit sekali untuk cinta ini menjadi kenyataan kerana Nasir ketika itu
sudah berkeluarga.
ASHA PAREKH, Nasir Hussain dan Amir Khan.
Pemergian Nasir, yang juga bapa saudara kepada aktor popular Amir Khan, bagai merobek hati Asha.
Hidupnya hampa dan kosong. Setelah pemergian insan tercinta, tidak terlintas di hatinya untuk jatuh cinta dengan insan lain. Sehingga kini dia meneruskan kehidupan membujang.
Asha
mengakui beliau mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mempunyai anak, tetapi
situasi amat sulit baginya. Tangannya bagai terikat kerana mencintai orang yang sudah berpunya.
Malah pada
satu ketika beliau pernah terfikir untuk membela anak angkat sebagai teman.
Namun hasratnya itu dilupakan dan kini lebih selesa hidup bebas bersendirian.
Walapun
Asha Parekh bergandingan dengan hampir kesemua aktor ternama dalam filem,
tidak pernah hatinya terpaut untuk jatuh hati dengan mereka kerana ruang
hatinya hanya diisi oleh Nasir Hussain. Benarlah, cinta pertama sukar dilupa.
ASHA PAREKH bergandingan dengan Rajesh Khanna dalam 'Kati Patang'.
ASHA Parekh bersama Shashi Kapoor dalam 'Pyar Ka Mausam'.
Barisan aktor ternama yang pernah bergandingan dengan Asha dalam filem termasuklah Dev Anand, Rajesh Khanna, Shammi Kapoor, Shashi Kapoor, Jeetendra, Joy Mukerji dan Dharmendra.
Kerana
tekanan perasaan yang dihadapi selepas kematian Nasir dan kesunyian hidupnya
menyebabkan Asha pernah mengalami kemurungan. Namun berkat usaha dokor yang merawat dan kekuatan dirinya membolehkan
Asha kembali normal meneruskan kehidupan.
Sebuah buku
biografi mengenai dirinya bertajuk The Hit Girl tulisan Khalid Mohamed
diterbitkan pada 1971 sebagai penghormatan kepada aktres lagenda itu yang telah
memulakan karier sejak kecil sebagai pelakon kanak-kanak.
Buku ini
menggariskan susur galur kehidupan Asha dari zaman kanak-kanak,
persekolahannya, penglibatannya dalam filem dan kejayaannya sebagai antara
aktres ternama dalam dunia perfileman Hindi.
ASHA PAREKH DALAM FILEM 'Aan Milo Sajna'.
Setelah
tidak aktif berlakon, Asha giat menerbitkan drama bersiri TV dengan beliau
sendiri sebagai pengarah. Antaranya ialah siri Jyoti yang disiarkan pada
tahun 90-an.
Kehebatan
Asha diakui dengan pengurniaan anugerah tersohor. Dia memenangi anugerah Filmfare
bagi kategori Aktres Terbaik melalui filem Kati Patang pada 1971.
Kerajaan India juga mengiktiraf kejayaan beliau sebagai anak seni melalui anugerah berprestij Padma Shree, pada tahun 1992.
Dalam mengharungi
kehidupan seharian dan bagi menghilangkan rasa sunyi, Asha kini banyak
menumpukan masa kepada aktiviti yang sangat disukainya, itu yoga dan menari. Selain itu, menghadiri majlis-majlis khususnya
yang menampilkan pelakon-pelakon lama seangkatan dengannya.
Kesemua
aktiviti ini adalah umpama pengubat hatinya yang lara selepas pemergian kekasih
tercinta. Baginya kehidupan tetap perlu diteruskan.
Bagi Asha, pemergian Nasir ibarat padamnya sebuah pelita. Namun memori indah mereka bersama akan tetap terpahat di hatinya sehingga akhir hayat.
ASHA PAREKH sekarang.
WAJAH jelita Asha Parekh.