WINTER Sonata legasi cinta yang panjang yang mula bersiaran pada tahun 2002 di seluruh dunia termasuk negara ini menjadi drama bersiri Korea yang paling berjaya membangkitkan Hallyu atau Gelombang Korea terhadap karya filem dari negara  K-pop itu. : KitaReporters.com

Winter Sonata-p3.jpg

Winter Sonata - Foto asianwiki.com


Walaupun pada asalnya Malaysia mengenali Jepun menerusi filem superhero Ultraman dan Karmen Riders dan kemudian drama Oshin

Korea kemudian mengambil giliran menakluki dunia dengan penerbitan drama bersiri dan kerancakan lagu serta tarian Gangnam Style sehinggalah Running Man dan Laws Of Jungle sebagai contoh sebahagian kecil program yang kini tertera di kaca TV kita. 

Dilaporkan 330,000 DVD dan 1,2 juta naskah novel Winter Sonata terjual dengan pulangan lebih US$27 billion dan menjadikan Pulau Namiseom dikunjungi dari 250,000 kepada 650,000 orang sehingga ada patung kenangan yang dibina sempena drama itu.

Gangnam Style Official Cover.png

Gangnam Style Psy - Foto wikidpedia.com


Inilah yang dimaksudkan Hallyu atau Gelombang Korea yang memaparkan jati diri rakyat, budaya yang sopan, bahasa, adat resam, budaya makanan dan komunikasi orang Timur yang berjaya mengangkat martabat negara itu ke persada dunia.  

Karya yang baik tidak perlu ada adegan seks dan keganasan serta propaganda politik. 

Penerbit Korea sebaliknya memilih memaparkan babak kehidupan harian macam menikmati ramen, kunjungan ke sauna, karaoke, mengunjungi pulau-pulau yang indah, mengunjungi saudara mara, melawat kubur, paparan aksesori hiasan yang comel, seloka di tandas dan adegan lucu. 

Inilah daya pemikat hingga ada yang ketagih menonton drama Korea.

Lee Min Ho | Top 10 Most Popular and Handsome Korean Drama Actors

Lee Min Ho - Foto reelrundown


Semalam (22/11/2019) tersebar dalam Facebook, kisah seorang suami menghalau isterinya pulang ke rumah ibunya kerana terlalu sakit hati dengan perangai isterinya yang begitu ketagih menonton drama episod bersiri yang membuatkan isteri itu sanggup berjaga malam sehingga jam 1 hingga 2 pagi.

Yang lucunya, isterinya pula mengaku dia peminat drama Korea dan memang pandai masak maggi saja bila diminta oleh suaminya. 

Kerja rumah semua diuruskan oleh suaminya membuatkan isterinya ada banyak masa menonton drama Korea dibintangi hero kacak dan heroin jelita.

Kim Yoo Jung | Top 10 Most Successful and Beautiful Korean Drama Actresses

Kim Yoo Jung - Foto reelrundnow


Itulah Hallayu yang memaparkan tarikan utama bintang Korea sangat atraktif. Yang lelakinya, wajah 'comel' sehingga ada lagu-lagu alunan penyanyi Korea menyebut lelaki anak ibu, manakala aktresnya pula bukan saja manis jelita malah seiras patung Barbie.

Menonton drama Korea seolah mengajar kita tentang sikap harian orang Korea sangat yang menyanjungi adat. 

Ini sesuatu topik yang kita tak payah baca buku seperti masuk rumah kena buka kasut, Sebenarnya amalan buka kasut ini memang adat orang Asia. 

Majoriti drama Korea  juga tergolong dalam kategori tontonan Umum berbanding karya Amerika.  

Jarang boleh dengar orang Korea memaki hamun dalam bahasa kesat dan lucah, memaparkan keganasan yang keterlaluan dan adegan cium tidak sangat ditokok tambah.

Kita diibaratkan berada dalam adegan untuk menikmati saat-saat indah yang macam sengaja dicipta dalam drama Korea ini. 

Banyak aksi yang lucu dan manis serta momen percintaan semestinya menggamit nostlagia indah. 

Wanita terutamanya akan mudah menitik air mata bila melihat momen sedih, pilu atau gembira bercinta. Hendak pula yang putus cinta atau wanita yang sudah lama 'hilang' saat bahagia di kehidupan nyata.

'Makanan' minda ini yang 'menyedapkan' dan membuatkan penonton ketagih untuk menunggu episod berikutnya sehingga selesai.

더셀마 포토콜 송지효.jpg

Song Ji-hyo.. Penyeri dalam Runningman.  - Foto wikipedia.org


Kita selalu sanjungi bahasa Korea, Jepun dan China sebagai bahasa dunia. Bila menonton drama Korea, ada yang tergila-gila mencari calon suami Korea dan berusaha untuk belajar di universiti negara itu dan satu dunia rasanya tahu makna Oppa kan?

Menonton drama Korea juga menyaksi sudut hidup kehidupan yang berbeza dengan di Barat - plot, karakter, lokasi penggambaraanya. Ada pulau yang cantik, taman bunga yang menyegarkan mata, musim luruh atau salji yang dingin dan era moden serta zaman silam yang menakjubkan.

Tu belum masuk koleksi pakaian pelakonnya yang sentiasa up-to date, macam terus dari pentas peragaan fesyen ke pentas drama.

Manakala muzik K-Pop tak payahlah diuar-uarkan lagi ia memang menggegarkan dunia hiburan menggantikan pop Barat dan kebetulan pula pelakon drama juga adalah penyanyi popular Korea, jadi ia saling berkait ketagihan dari drama sehingga muzik.

Pengulas dunia hiburan pula mencatatkan drama Korea memberi kita pilihan. Yang sedih, lucu, sejarah, kisah cinta abadi, fantasi, sains fiksyen, horror, penuh aksi romantis. 

We hope that you had some time to refresh your mind like having vacation even for a little while as looking at BTS who had lots of fun time in Kota Kinabalu, and the more detailed contents would be included in BTS’s 2015 summer package! Have a cool and fun summer vacation!

BTS - Foto pinterest.com


Malah drama Korea sangat mudah diakses dan jangan kita lupa, siri drama Korea yang berlarutan dari 10 hingga 20 siri sebenarnya bertujuan mengikat perasaan penonton. Bayangkan dalam beberapa babak, kita akan perasan 'diri' kita dalam watak itu.

Jika kita menonton drama momen percintaan itu macam pernah kita saksikan dalam filem dan novel romantis Inggeris macam Pretty Woman, Titanic, The Best of Me, Beauty  and The Beast, Cinderella and The Bodyguard. - KitaReporters

 

1
2
1
0
0

Copy Link: