Jangan main-main! 7 lelaki berlagak perempuan ditahan penguat kuasa JHEAT! Hasil intipan, serbuan!

Published by
KitaReporters


PADAH tujuh individu lelaki yang yang berlagak seperti perempuan akhirnya masuk perangkap Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika jabatan itu menjalankan serbuan besar-besaran di salah sebuah flat di bandar raya Kuala Terengganu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd Aziz berkata kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam aktiviti mak nyah ditahan mengikut Seksyen 33 iaitu lelaki yang berlagak seperti perempuan.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan kesemua mereka boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali sebatan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.


Gambar hiasan... Kawasan Flat Kolam di Kuala Terengganu.


“Operasi yang bermula pada jam 10 malam, Jumaat melibatkan kira-kira 20 anggota penguat kuasa dan sukarelawan.

“Pasukan ini memulakan operasi dengan melakukan pemantauan awal di kawasan Flat Kolam terlebih dahulu,” katanya.

Aizi berkata pemantauan awal menunjukkan suasana 'meriah', dengan motosikal berlegar dengan aksi tawar menawar mak 'nyah'.

“Dalam operasi ini, pasukan JHEAT berjaya menyerbu tiga daripada empat rumah yang dikenal pasti. Satu rumah tidak dapat diserbu kerana lokasi yang sukar diakses.

Menurutnya, ketika pasukan penguat kuasa dan sukarelawan mula bertindak, mereka mengesan teknik penyamaran daripada penguatkuasaan.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa awalnya menyamar sebagai pelanggan yang berpura-pura melanggan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagaimanapun katanya, apabila individu tersebut menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka cuba menahan pintu bilik daripada dibuka hingga mencetuskan suasana tegang.

“Namun pasukan penguat kuasa berjaya memasuki rumah mereka dan membawa semua suspek ke JHEAT,” katanya.  

Dalam kejadian itu, katanya lagi, seorang daripada suspek cuba melarikan diri semasa proses penangkapan tetapi berjaya ditangkap kemudiannya. 


Aizi Saidi


Menurut Aizi, operasi tersebut merupakan hasil perancangan dan strategi serta pemantauan teliti sebelum ia berjaya dilaksanakan.

“Penangkapan ini melibatkan individu dari pelbagai lokasi, termasuk Setiu, Kuala Terengganu, Pahang dan Sarawak. Beberapa daripada mereka juga telah menjalani pembedahan untuk membuang kemaluan lelaki di Thailand.

“Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JHEAT dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan aktiviti mak nyah di negeri ini,” ujarnya lagi. - KitaReporters

12
10
0
11
0

Copy Link: