Puas merayu dan memohon daripada berbagai-bagai pihak untuk membantu memperbaiki rumah yang rosak teruk sejak 10 tahun lalu namun tiada yang tampil membantu.

Keluhan nenek Maimunah Yahman, 78, dari Kampung Masjid Sera, Mukim Pulai di Baling tidak mendapat perhatian mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen dan ADUN Bayu dalam Parlimen Baling sejak baberapa tahun lalu.

Beliau mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi juga hilang penglihatan sejak lebih 3 tahun lalu.

Nenek Maimunah tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya bersama seorang cucu Mohd Adib Zafri, 31, bersama isteri dan dua cicit. Keadaan dinding dan bumbung amat menyedihkan terutama bila berlaku hujan lebat. 



Menurut Mohd Adib usaha mendapatkan bantuan memperbaiki rumah diusahakan beberapa kali, namun tidak mendapat perhatian daripada mana-mana wakil rakyat.

Ketika dikunjungi KitaReporters, nenek Maimunah menangis kerana tiada pihak bersimpati dengan nasib dan masalah mareka yang tinggal dalam rumah itu.

Menurutnya, bila hujan lebat berlaku keadaan dalam rumah bertakung air hujan.

Mohd Adib juga memberitahu ada wakil daripada ADUN kawasan Bayu pernah datang meninjau keadaan rumah itu, namun berdiam begitu saja.

Sehubungan itu, Beliau juga berharap pihak-pihak yang bersimpati dengan penderitaan nenek Maimunah supaya tampil membantu memperbaiki rumah berkenaan sekadar kemampuan mereka.

Pihak-pihak individu atau berkumpulan yang bersimpati boleh menghubungi isteri Mohd Adib, Atikah Johari melalui talian 014-2011053. - KitaReporters


11
15
0
13
0

Copy Link: