Gene Hackman bersama isteri, Besty Arakawa bersia-siar di Santa Fe, New Mexico, Amerika. Pada usia 95 tahun memang sukar mengenali Hackman.


Gene Hackman bersama isteri, Besty Arakawa, pada majis anugerah tahunan Golden Globe di Beverly Hill, California pada Januari 2003.


Apa sebenarnya berlaku kepada Gene Hackman, 95, pelakon veteran popular Hollywood yang ditemui mati bersama isterinya, Besty Arakawa, 64, serta seekor anjing di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika, pada Khamis 27 Februari 2025?

Polis yang datang membuat pemeriksaan setelah menerima laporan, menemui mayat mereka dalam dua bilik berasingan. Sehingga kini kematian mereka dianggap misteri.

Walaupun pihak polis menyatakan tidak berdapat unsur jenayah, mereka juga tidak dapat memberi jawapan pasti punca sebenar kematian.

Arakawa ialah isteri kedua Hackman yang dikahwini pada 1991. Isteri pertama Hackman ialah Faye Maltese. Pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak. Dengan Arakawa, Hackman tidak mempunyai anak.


Banglo mewah Hackman di Santa Fe, New Mexico.


Ada andaian kematian suami isteri itu kerana terhidu gas karbon monoksida. Menurut anak Hackman, Elizabeth Jean Hackman, berkemungkinan bapa dan ibu tirinya mati kerana keracunan karbon monoksida.

Namun tiada yang mengesahkan atau memberi penjelasan dari mana datang gas tersebut jika benar ia menjadi punca kematian.

Mungkinkah pasangan tersebut membunuh diri? 

Menurut polis, tidak ada sebarang nota membunuh diri ditinggalkan oleh mereka.


Gene Hackman memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Akademi pada Mac 1993.


Hackman antara bintang terkenal Hollywood, membintangi filem popular seperti ‘Mooseport’,Behind Enemy Lines’, ‘Runaway Jury’, ‘Heist’, HeartBreakers’, ‘Replacements’, ‘Under Suspicion’, ‘Enemy of The State’, ‘Twilight’, ‘The Chamber’, ‘Extreme Measures’, ‘The Quick And The Dead’ dan banyak lagi.

Hackman juga pernah datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran filem aksi perang ‘BAT 21’  keluaran tahun 1988. Filem ini berdasar kisah benar, mencari dan menyelamat seorang pegawai tentera Amerika, Iceal Hambleton, yang terperangkap dalam kawasan musuh, Vietnam Utara, ketika perang Vietnam.

Misi ini sangat berbahaya dan mencabar. Sekurang-kurangya lima pesawat ditembak jatuh. Ramai anggota tentera udara terbunun dan ditawan musuh.

Walaupun berlatarbelakangkan Vietnam, keseluruhan penggambaran filem ini dijalankan di Sabah. Hutan belantara Sabah memang sesuai untuk lokasi penggambaran kerana mirip hutan di Vietnam juga. 

Filem ini berjaya memperoleh kutipan box-office.


Filem 'BAT 21' lakonan Gene Hackman dan Dabby Glover tahun 1988 menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah.


Kehebatan Hackman sebagai pelakon terbukti dengan kejayaan dua kali memenangi Anugerah Oskar. Namun beban kerja menyebabkan dia menjadi stres, ditambah dengan masalah jantung yang dihidapi.

Kerana itu pelakon yang memiliki kekayaan AS$80 juta (RM358.4 juta) itu merasakan sudah tiba masanya berundur daripada aktif dalam filem. 

Dia berhenti berlakon pada 2004, meninggalkan Los Angeles bersama isteri, berpindah menjalani hidup lebih tenang di Santa Fe, New Mexico.

Dia tidak pernah berpatah balik. Hackman memencilkan diri meneruskan kehidupan jauh daripada silau kegemilangan seorang bintang filem yang pernah dikecapi.  

Keseluruhannya bekas tentera marin itu berlakon dalam lebih 80 filem. Selain itu dia juga muncul di televisyen dan pentas sepanjang karier seninya yang bermula sejak awal tahun 1960-an.


Gene Hackman cuba menghubungi anggota pasukan dalam satu adegan filem 'BAT 21'.


Ramai yang merasai kehilangan Hackman. 

Bintang ‘Star Trek’George Takei, menyifatkan Hackman sebagai ‘gergasi layar perak’. Pembikin filem Ford Coppola menyifatkan mendiang sebagai ‘pelakon hebat dan cemerlang dan komted menunaikan tanggung jawab sebagai pelakon’.

Para peminat pula menganggap kematian Hackman sebagai hilangnya seorang pelakon hebat sepanjang zaman. Kini semua masih menunggu untuk mengetahui punca sebenar kematian legenda filem itu. - KitaReporters


Gene Hackman (kanan) sebagai Lex Luthor dalam filem Superman lakonan Christopher Reeves (tengah).

10
8
0
13
0

Copy Link: