.


Penduduk  daerah Negeri Wakal, Kecamatan Leihitu, Kabupaten Maluku Tengah, Maluku meneruskan tradisi dengan tidak mengikut ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Indonesia dalam menentukan 1 Ramadan dan I Syawal.

Bagi tahun 2025, pentadbir daerah Negeri Wakaf menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah adalah pada Khamis, 27 Februari 2025. Justeru setelah genap 30 hari, 1 Syawal ditetapkan pada  Sabtu, 29 Mac 2025.




Menurut Ketua Pentadbiran Negeri Wakal, Ahaja Suneth pelaksanaan solat Aidilfitri lebih awal di daerah mereka sudah menjadi tradisi. Ketua agama di daerah itu berkata, mereka mengikut kalendar yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Hasil tinjauan warga media, warga Wakal mula tiba ke Masjid Nurul Awal sejak pukul 7 pagi Waktu Indonesia Timur (WIT).

Jemaah lelaki dan wanita melimpah sehingga ada yang terpaksa melakukan solat Aidilfitri di halaman masjid dan ada yang di luar pagar. Jemaah perempuan ditempatkan di bahagian belakang masjid.  

Solat Aidilfitri di Wakal telah dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Awal, Ahmad Lewaru, yang juga menyampaikan khutbah. 


Jemaah wanita melakukan solat  di bahagian belakang masjid.

Untuk memastikan kelancaran ibadat hari raya itu, Polis Daerah Leihitu menghantar belasan anggota polis dan turut dibantu  oleh sejumlah anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Menurut Suneth, para tokoh agama dan penghulu (imam) Masjid Nurul Awal tidak menggunakan alat canggih untuk menentukan awal Ramadan dan Syawal. 

Sebaliknya mereka menggunakan kalendar tradisi dan kiraan bulan yang didakwa terbukti tepat.


Warga Negeri Wakal bersalaman mengucap selamat hari raya setelah menunai solat Aidilfitri pada Sabtu, 29 Mac 2025. - Kredit foto: Kumparan 

Sementara itu pada tahun 2025, Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia hanya mengadakan Sidang Isbat (Penetapan) 1 Syawal 1446 Hijrah pada Sabtu, 29 Mac 2025. 

Selain disiar secara langsung sejumlah stesen radio dan TV, ia juga dapat ditonton melalui Intenet.

Dalam majlis itu, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Nasaruddin Umar mengumumkan Aidilfitri di Indonesia jatuh pada Isnin, 31 Mac 2025.

Ini bermakna Aidilfitri di Indonesia disambut sama dengan negara-negara ASEAN yang lain. - KitaReporters

15
17
0
13
0

Copy Link: