Video: Apa dah Jadi? Ayah nikahkan menantu dengan isterinya! Hadiri terkejut! Suasana jadi lucu!

Published by
KitaReporters
.


Ketenangan diperlukan ketika majlis akad nikah berlangsung. Mengelabah atau panik boleh mengundang kejadian tidak diduga dan membuat kelucuan.

Kita pernah mendengar kisah pengantin lelaki tergagap dan tersasul dan terpaksa melafazkan akad berulang kali sehingga peluh mengalir laju.

Namun wali juga tidak kurang tegangnya ketika menjalan tugas mengucapkan lafaz ijab hingga ucapannya tidak lancar atau tersasul.


Satu peristiwa yang melucukan terjadi dalam majlis akad nikah pasangan Ardi Setiawan dan Nurhikmah di Lebak, Banten, Jawa Barat, Indonesia pada 8 Disember 2024. 

Dalam majlis yang  mengikut adat Sunda ini, bapa pengantin wanita sendiri ingin menjadi wali. Dia tidak mahu menggunakan khidmat wali yang disediakan pejabat agama wilayah. Si bapa dengan yakin menuturkan lafaz ijab. 

Namun kerana terlalu yakin menyebabkan dia tersalah sebut nama pengantin wanita. Dia menyebut nama isterinya sebagai calon isteri bagi calon menantunya.



"Ardi Setiawan bin Aris Diana saya nikahkan anda dengan isteri saya," kata si wali.

Suasana akad yang sepi ketika majlis akad berlangsung tiba-tiba bertukar bunyi gelak ketawa. Begitu juga dengan pasangan pengantin.

Ardi Setiawan dan Nurhikmah akhirnya menjadi suami isteri setelah dinikah semula oleh si bapa (kiri)


Majlis akad terpaksa diadakan semula. Dan kali ini sebutan lancar dan Ardi Setiawan dan Nurhikmah selamat menjadi suami isteri.

Video akad nikah yang mula-mula dimuat naik olah akaun TikTok @ndy.stwnnnn ini tular di Indonesia setelah diulang siar dan menjadi tular dalam sejumlah laman sosial. - KitaReporters


12
7
0
12
0

Copy Link: