Suami paksa isteri celup tangan dalam minyak panas! Untuk buktikan si isteri bercakap benar!
Published byDI INDIA masih terdapat kepercayaan dalam kalangan sebilangan masyarakat cara untuk membuat penghakiman sendiri yang boleh membahaya atau memalukan pihak yang kena tuduh.
Seorang isteri menghilang tanpa berita selama empat hari. Ketika dia kembali ke rumah, ia membuat suaminya marah meskipun sudah dijelaskan. Namun, penjelasan si isteri membuat suaminya sangsi, sehingga dia perlu menguji kebenarannya.
Si suami lalu menyiapkan minyak panas yang kemudian mencampakkan ke dalamnya wang syiling. Lalu dia mengarahkan isterinya mengambil syiling tersebut dengan menggunakan tangan kosong.
Lagi kisah=kisah menarik berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=IndiaPerkara ini dilakukan oleh si suami untuk memeriksa adakah penjelasan yang diberi isterinya betul atau tidak, menurut laporan portal Eva.vn pada Jumaat, 26 Februari 2021.
Peristiwa mengejutkan ini terjadi di bandar Paranda, daerah Osmanabad, negeri Maharashtra, India.
Masyarakat tempatan menyebut kepercayaan menguji kejujuran itu dinamakan 'agnipariksha', iaitu mengambil duit syiling 5 Rupe daripada bekas berisi minyak yang mendidih dengan tangan kosong.
Si isteri yang pada mulanya enggan melakukannya, namun akhirnya terpaksa setuju. Dia lalu mencelupkan tangan bagi mengambil syiling itu dengan pantas dan dengan pantas itu juga mencelupkan tangannya pula ke dalam bekas air sejuk.
Peristiwa itu dapat disaksi dalam video Twitter yang dimuat naik oleh pemegang akaun @Bharatghandat2 (Bharat Ghandat).
Malah, ramai yang bertanya, apakah video tersebut mendapatkan tindak balas daripada pihak berkuasa, khususnya pasukan polis di bandar itu. Tak kan tonton sahaja, kata mereka? - KitaReporters