Pengantin pergi ke majlis kahwin naik motosikal! Pengantin perempuan rasa mabuk naik kereta!

Published by
KitaReporters


MERANCANG majlis pernikahan biasanya dilaku dengan teliti bagi memastikan ia berjalan lancar

Jika majlis pernikahan diadakan di tempat yang jaraknya agak jauh, pihak lelaki akan menaiki kereta sama ada milik sendiri atau kereta saudara-mara atau sahabat-handai, manakala rombongan akan disediakan kerata, van atau bas.

Namun ia berbeza dengan apa yang berlaku di China baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Bakal pengantin menaiki motosikal untuk ke majlis akad. Kredit foto: Eva.vn


Satu majlis pernikahan di China mencuri perhatian, ekoran pengantin lelaki menjemput bakal isterinya menggunakan motosikal untuk menuju ke tempat resepsi yang jaraknya puluhan kilometer.

Pernikahan ini berlangsung di Xuzhou, Jiangsu, China pada 19 Februari 2021 lalu.

Pengantin lelaki bukan menghadapi masalah kewangan. Ia disebabkan pengantin wanita mempunyai masalah iaitu berasa mabuk jika menaiki kenderaan beroda empat.



Lalu pengantin lelaki mempunyai cara tersendiri untuk memastikan majlis perkahwinan itu dapat dijalankan tanpa masalah. Dia lalu membawa bakal isterinya menaiki motosikal. 

Salah seorang anggota keluarga merakam beberapa keping gambar pasangan pengantin ini. Pasangan tersebut kelihatan gembira bersama menaiki motosikal itu ke tempat perkahwinan.



Si pengantin lelaki memakai kot sementara pengantin wanita memakai gaun berwarna merah, mengikut pernikahan tradisional China. Si wanita memeluk bakal suaminya di atas motosikal. 

Gambar-gambar itu tular setelah dimuat dalam beberapa laman sosial.

Peristiwa itu mendapat pujian sejumlah netizen yang menganggap ia adalah cinta sejati. - KitaReporters


2
2
0
1
0

Copy Link: