'SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, terutama dalam hubungan suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Malah kesabaran yang tinggi perlu diterapkan supaya pergaduhan kecil itu tidak melarat sehingga berlaku kemudaratan seperti yang berlaku kepada pasangan di Indonesia baru-baru ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan suami isteri:

https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri


Memetik portal Liputan6, seorang isteri menemui ajal ketika tidur apabila suaminya mengamuk dan bertindak melemparkan lesung batu ke arahnya sehingga menemui ajal, 2 November 2020.

Alamak? sampai gitu sekali!

Dalam kejadian di Dusun Manrimisi, Maros, Sulawesi Selatan, Mustawa mengamuk sebelum melemparkan lesung batu dan memukul dengan sebatang kayu ke arah isterinya, Nurhaya di dalam bilik di rumahnya.

Bagaimana kejadian berkenaan disedari ibu mertua Mustawa yang datang menziarahi anaknya keesokan harinya dan terkejut melihat rumah anaknya dipenuhi darah.

Malah Mustawa juga kaku di sebelah jasad isterinya di ruang tamu rumah mereka.

Mesti dah menyesal la tu!



Ibunya, yang terkejut melihat darah memenuhi bilik tidur pasangan itu terus bertanya kepada menantu yang akhirnya mengaku kesilapan dirinya yang melakukan semua itu terhadap isterinya.

Terkejut mendengar penjelasan itu, ibunya terus memberitahu ketua kampung sebelum membuat laporan polis.



Malah pasukan polis yang datang membuat siasatan memberitahu, lelaki berusia 42 tahun itu mengaku dia melemparkan lesung batu itu ke arah isterinya kira-kira pukul 1.30 pagi yang sedang nyenyak tidur.

Tambahan lagi, beberapa hari sebelum itu, lelaki itu mengaku berlaku pertengkaran dengan isterinya yang berusia 35 tahun kerana menuduh isterinya curang dan akan berkahwin dengan lelaki lain.  Mustawa juga mengakui dia terdengar bisikan supaya memukul isterinya yang curang.

Ketika ditahan polis, Mustawa tidak membantah sebaliknya mengikut sahaja arahan pasukan beruniform itu. 



Terdahulu, Mustawa pernah mengalami demam Malaria dan mendapat rawatan di Papua.

Namun selepas itu tingkah lakunya berubah menjadi kasar dan penduduk kampung mendakwa Mustawa mengalami masalah mental.

Pihak berkuasa kini memutuskan supaya Mustawa menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengalami masalah kesihatan. Dia kini berada dalam tahanan polis. : KitaReporters

2
1
11
2
0

Copy Link: