WAKTU solat subuh di seluruh Kelantan akan ditambah empat minit dari waktu solat sedia ada berkuat kuasa mulai Jumaat, 24 April 2020 iaitu bersamaan tanggal 1 Ramadan 1441 Hijrah. : KitaReporters


Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Mufti Kelantan, Datuk Haji Mohamad Shukri Mohamad ketika mengesahkan perkara itu berkata, perubahan ini hanya melibatkan waktu solat subuh serta imsak sahaja, manakala waktu solat lain tidak berubah.  

Kata beliau, ia berlaku berdasarkan penggunaan nilai altitud matahari di bawah ufuk bagi permulaan waktu terbit fajar Sadiq 19 darjah yang diguna pakai sebelum ini telah ditukar kepada 18 darjah.

Dalam pada itu, beliau berkata, solat subuh yang didirikan sebelum perubahan tersebut adalah sah dan tidak perlu diganti.

1
2
0
0
0

Copy Link: