Video| Selamat hari jadi Mak Salmah! Lagu birthday oleh Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah untuk uwan

Published by
KitaReporters

HARI ini tanggal 31 Disember merupakan hari lahir ratu hati kepada penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Salmah BachikWalaupun berjauhan dan tidak dapat pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, bagi meraikan hari lahir ibunya bersama adik-beradik lain namun tidak menghalang penyanyi berusia 41 tahun itu meraikan hari istimewa kepada wanita pertama dalam hidupnya. : KitaReporters



Berkongsi momen indah dalam laman Instagram miliknya, penyanyi Kuasa Cintamu itu bergandingan bersama permata hatinya, Siti Aafiyah Khalid menyanyikan lagu hari lahir kepada ibunya.

Padu sangat gandingan nyanyian dua beranak ni!

 “Selamat hari Lahir buat insan yang bertarung nyawa melahirkanku. Maaf tak dapat berkumpul bersama kerana keadaan tidak mengizinkan,” kongsinya dalam laman Instagram miliknya.

Perkongsian berkenaan disaksikan hampir setengah juta peminat yang sama-sama mendoakan kesejahteraan buat Mak Salmah.




Turut kelihatan gambar Mak Salmah dikelilingi anak-anak termasuk Siti Sairah, Siti Norsaeda dan beberapa anak-anak lelakinya yang lain. 

Dalam perkongsian berkenaan Siti juga turut mengirimkan sebiji kek untuk ibunya.

“Kiriman kek sedap dari @uppsdoodledoo menjadi pengubat rindu tidak lupa nyanyian birthday dari cucu Aafiyah buat penghibur mak di kampung. 

“Doa siti mak sentiasa dilindungi Allah, kesihatan yang baik, iman yang tinggi serta diberkati dunia dan akhirat…Aminn Ya Rab Sayang Mak!!,”kongsinya lagi. 




Tidak ketinggalan Siti turut meminta ibunya mendengar nyanyian istimewa daripada Aafiyah untuk uwannya.

Terdahulu adik kepada penyanyi tersohor, Siti Sairah berkongsi sambutan hari lahir ibunya bersama anak cucu yang diadakan secara sederhana di kampung halamannya.

Semoga terus bahagia dikelilingi anak cucu dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Selamat Hari Lahir Mak Salmah! - KitaReporters




5
1
0
0
0

Copy Link: