Video| Oh sayang! Oh kredit! Kecewa dengan kredit, langsung nyanyi sambil solek berseorangan!

Published by
KitaReporters

INGATKAH kita sewaktu kecil dahulu apabila bermain kita gemar meletakkan imaginasi kita sebagai pelaku di dalam permainan itu.

Misalnya bermain kereta tidak lengkap sekadar menggerakkan ke kiri dan ke kanan semestinya kita seolah-olah memarkir, melawat kejiranan, membunyikan hon, bernyanyi dan berborak sesama kita umpama berada dalam fantasi permainan itu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan video tular:

https://kitareporters.com/search?search=video+tular


Pendek kata apa yang realiti berlaku begitulah juga keadaannya cuma aksi-aksi begitu tidak terakam melalui telefon bimbit dan terhad dalam lamunan kita sendiri.

Dengan keupayaan mega teknologi pada hari ini adanya telefon bimbit dan Internet, tahap imaginasi anak-anak lebih luas serta tinggi aksi-aksi yang ditonjolkan dalam laman sosial juga mudah ditiru rapi.




Sebagai contoh gelagat anak-anak yang melihat tutorial persolekan di Internet secara tidak langsung akan mengikut rapat tutorial sebegitu sambil diselangi celotehnya yang mengulas sendiri aktivitinya yang dibuat.

Bukan gila! Itulah hiburannya yang kadangkala mereka terasa dewasa dan mahu cuba sesuatu yang matang hakikatnya mereka adalah anak kecil masih berhingus dan tidak tahu apa!

Baru-baru ini tular di negara jiran Indonesia memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan empat hingga lima tahun melakukan tutorial perselokan.

Aktiviti perselokan yang dilakukan itu dihiasi dengan nyanyian lagu yang dicipta sendiri bait-baitnya mengikut apa yang diketahui dan yang terlintas pada fikirannya sahaja.



Dengan menyedut hingus pergerakan melukis bulu kening dan memakai gincu dibibir dijalankan dengan teliti sehingga berasa kemas dan sempurna diiringi nyanyian merapu bagai penyolek yang gembira memperolehi sesuatu barangan yang mahal dihajati.

Seperti kita tahu aktiviti persolekan maya yang dimuat naik biasanya memaparkan kemahiran seseorang dalam persolekannya selain melihat sejauh mana kualiti produk yang diguna pakai.

Tip yang berguna mengenai solekan pantas yang kemas, solekan tampak kekal dan solekan tidak mudah luntur menjadi isi kandungan yang bermanfaat serta terpenting untuk dikongsi di YouTube, Facebook dan Instagram.

Menariknya gelagat anak kecil tersebut menggunakkan celak untuk melukis kening, gincu, talkum (bedak) badan dan tisu menggelikan hati netizen Indonesia, produk yang tidak mewah dan mudah didapati dijadikan sebagai produk tutorial persolekan.




Celak, gincu dan talkum badan menjadi asas tutorial persolekan yang dilakukan


Talkum badan yang ditaruknya pada serpihan tisu kecil ditacap di sekeliling muka berulang kali kononya sedang menempelkan serbuk asas muka yang berkualiti serta mahal bagi menampakkan kulitnya terhias licin dan menarik.

"Caranya bagus, kasi tangan halus, tengok mukanya kita juga-juga tapi masih sayang, tapi aku cinta.

"... Sayang-sayang jatuh cintanya sama-sama keredit.

"... Oh keredit! Oh keredit! Aku tak mencintainya, tengok mukanya kasi nampak mulus waduh, waduh, waduh," nyanyinya menggelikan hati.



Perkongsian yang berlegar-legar di sosial media negara itu sejak beberapa hari ini telah menggumpulkan ribuan penggunjung yang mengetik suka dan bermacam respons nakal daripada warganya.

Ada juga pelayarnya yang memuat naik kembali dalam saluran YouTube masing-masing dengan menyunting dan ditambah bunyi latar belakang yang lebih nakal serta melucukan. 



Aksi yang dipaparkan anak kecil perempuan ini sekali gus menjadi persoalan serta perdebatan yang tidak henti bermain antara pelayar lelaki dan wanita Indonesia yang berkunjung.

Kaum lelaki secara sinisnya menanyakan soalan kepada si wanita, apakah wanita yang melakukan persolekan di rumah sentiasa berkeadaan begitu?? Patutlah memakan masa!




Reaksi netizen Indonesia terhadap gelagat anak kecil itu dalam ruangan komen


Tuduhan-tuduhan sesama mereka telah memberikan hiburan dan keriuhan antara mereka di ruangan komentar yang terisi sejak dimuat naik pelayarnya.

Bagi kaum lelaki kita perlu memahami, kebanggaan wanita yang merupakan keagungan terpenting selain rambutnya adalah rupa paras yang dihias cantik, teliti dan mulus.

Tidak kiralah seberapa tebal solekan dilakukan dan seberapa banyak jenis produk yang digunakan untuk berhias penampilan yang kemas dan terpesona adalah sesuatu yang lumrah ada pada wanita majoritinya.

Sekurangnya yang sudah berkahwin berhias untuk tatapan si suami dan yang belum berkahwin pula cuba-cuba memikat pasangan yang kacak sempurna manalah tahu itu jodohnya yang ditakdirkan. Rahsia tuhankan!

Namun nabi ada pesan berpada-padalah setiap apa yang dilakukan dan jangan melampau atau keterlaluan; ingat kaum Adam sekalian sekali pandang itu dapat pahala, dua kali pandang itu dapat dosa! - KitaReporters

0
1
0
5
1

Copy Link: