Kematian Dilip Kumar: Saira Banu alami kemurungan! Perlu jalani angiografi atasi sesak nafas!
Published byKredit foto: IG Saira Banu (@therealsairabanu)
SELEPAS kematian suaminya Dilip Kumar, isterinya yang juga pelakon terkenal di Bollywood, Saira Banu dimasukkan hospital di Mumbai selepas dikesan mendapat penyakit sindrom koronari akut, kemurungan, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Dia yang mengadu sesak nafas pada mulanya dimasukkan ke Hospital Hinduja, Mumbai pada 28 Ogos 2021 lalu dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 1 September lalu. Doktor kemudian menasihatkan dia menjalani rawatan angiografi (angiography).
Malangnya aktres itu enggan, sebaliknya meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dilip Kumar
Jurucakap keluarga Saira Banu, Faisal Farooqui memberitahu NDTV.com, pelakon itu dimasukkan ke Hospital Hinduja itu sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bukan saja disebabkan oleh penyakit berkenaan tetapi lebih kepada `kemurungan` akibat kematian suaminya, Dilip.
Katanya, doktor yang mencadangkan supaya Saira, 77, menjalani angiografi itu dijangka meneruskan rawatan berkenaan sebaik saja mendapat kebenarannya.
"Saira lebih kepada `patah hati` selepas kematian suaminya, Dilip. Dia isteri yang sangat setia. Selama 55 tahun berkongsi hidup. Setiap saat mereka bersama. Kita hanya boleh rasa peritnya tetapi selepas Julai (2021) lalu, seluruh hidupnya `kosong` dan kesedihan yang membawa kepada tekanan. mental dan jiwanya.
"Setiap pagi bermula dengan menatap wajah suaminya sehingga lewat malam menjaganya. Malah dia berkorban tinggalkan kerjayanya demi lelaki itu," kata Faisal yang turut mendedahkan Saira menderita tidur malamnya yang banyak terganggu.
Saira Banu yang kehilangan suami yang dikenali sebagai Raja Tragedi (kerana putus cinta dengan seorang lagi pelakon hebat, Madhubala) pada 7 Julai 2021 lalu ketika berusia 98 tahun.
Mereka berkahwin pada 1963 ketika Saira berumur 22 tahun. Saira adalah pelakon ketiga dibayar paling mahal dalam industri sinema Hindi dari 1963 hingga 1969 dan keempat dalam tempoh 1971 hingga 1976.
Saira bukan calang-calang wanita. Ibunya adalah Naseem Bano adalah pelakon yang terkenal sebagai wanita tercantik, diberi gelaran `pari chera' (wajah bidadari). Bapanya Ehsaan Khan @ Mian Ehsan -ul-Had yang berpindah ke Pakistan selepas pemisahan sempadan. Malah sebahagian besar masa Saira dihabiskan bersekolah di Queen's House, London.
Dia muncul kali pertama bersama Shammi Kapoor dalam filem `Junglee` yang mencetuskan fenomena. Walaupun perbezaan 22 tahun umur dengan suaminya, Saira jatuh cinta kepada suaminya sejak umurnya 12 tahun lagi kerana keluarganya dengan Dilip kenal rapat dan kerap bertemu pada majlis keraian.
Dia dilamar oleh Dilip selepas mendapat izin daripada ibu bapa Saira untuk bertemu janji ketika aktres itu berusia 22 tahun dan Yusuf Khan yang lebih dikenali di Bollywood, Dilip Kumar berumur 44 tahun dan menjadi kegilaan ramai.
Ketegangan jiwaku ialah bila mengetahui cinta itu abadi. Rindu selama-lamanya ."Until we meet again selamat jalan dan selama-lamanya kekal dalam hati.
Ketika membuat temu bual khas dengan TimesofIndia.com, Saira memberitahu dia tidak kejar gelaran sebagai isteri setia atau sebab rasa terpaksa dan belas kasihan ketika menjaga suaminya sakit.
"Menyentuh, memeluknya adalah sesuatu yang menakjubkan yang berlaku padanya. Saya sangat memujanya dan dia adalah nyawa saya," katanya.
Selepas membintangi lebih 20 filem, Saira meletakkan titik noktah berlakon selepas jadual lakonannya yang terlalu sibuk dan penggambaran yang kerap berselisih dengan jadual lakonan Dilip, menjadikan dia sangat `sedih`.
"Banyak masa saya mendampingi Amitabh Bachchan, Vinod Khanna dan ramai lagi hero terkenal. Cukuplah." katanya antara filem terbaiknya Junglee (1961), Bluff Master (1963), Ayee Milan Ki Bela (1964), Padosan (1968), Victoria No 203 (1972) dan Hera Pheri (1976). Saira menolak tawaran termasuk filem meletop di pawagam Naagin dan 35 hingga 40 filem yang lain.
Dalam temu ramah Biginterview itu, Saira berkata, dia sangat terbuka dengan cerita wanita cantik yang mendampingi Dilip kerana percaya sepenuhnya pada suaminya dan tidak perlu tahu perihal hubungan di lokasi filem.
Malah masa dia dan Dilip bertunang, ada kakitangan studio mahu membunuh diri dengan menelan pil tidur dan sempat diselamatkan dengan dikejar ke hospital. Dan ada wanita berhenti di depan kereta Dilip supaya dilanggar mati.
"Berkahwin dengan Dilip macam mimpi menjadi nyata. Kerana gambarnya saya tampal bersama Rock Hudson sebelum saya mengenalinya. Malah sampai sekarang saya masih mendoakan agar Madhubala damai. Begitu juga Vyjayanthimala yang saya panggil `Akka` (kakak) dan sangat memuja hasil kerja seninya." kata Saira.
Shah Rukh Khan dan Dharmendra kerap berhubung rapat dan memuatnaik perkembangan terkini Saira. Kitareportes.com
Dilip Kumar adalah idola Shah Rukh Khan. Masanya menemani `ibu` di tengah kesedihan.