PEMAKAIAN pelitup muka adalah satu perkara wajib kepada setiap individu tidak kira di mana berada terutama di tempat awam ketika wabak pandemik COVID-19 ini masih bermaharajalela, malah ia belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat. : KitaReporters


Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:

https://kitareporters.com/search?search=bayi


Hari ini ke mana-mana sahaja masyarakat seluruh dunia perlu memakai pelitup muka sebagai salah satu kaedah dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Tidak terkecuali petugas barisan hadapan (frontliners) yang wajib memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika bertugas terutama petugas perubatan. 

Jangan tak pakai kerana bahaya menanti anda. Bila dah pakai jangan pula asyik nak ditanggalkan. 

Tetapi bagaimana pula halnya bila seorang bayi yang baru keluar dari rahim ibunya cuba menanggalkan pelitup muka seorang pegawai perubatan yang menyambut kelahirannya? Haru betullah la awak ni baby!

Sejak beberapa hari lalu tular sekeping gambar dalam media sosial dalam dan luar negara menunjukkan seorang bayi yang baru lahir cuba menanggalkan pelitup muka seorang doktor.  Hebatnya baby ni!




Gambar tersebut menjadi tular dengan lebih 61,000 tanda suka dalam laman sosial instagram milik seorang doktor dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Samer Cheaib. Malah gambar itu turut mendapat 28,000 tanda suka di Facebook 'page' Oh My Media.
Doktor berkenaan memangku bayi itu dengan pelitup mukanya ditarik sehingga menampakkan senyumannya. Sekeping foto yang mendalam maksudnya.
Dr Samer menulis “We all want sign are we going to take off the mask soon. (Kita semua menanti tanda untuk kita membuka pelitup muka, tak lama lagi).”
Foto itu seakan-akan memperlihatkan tanda harapan masyarakat untuk tidak lagi memakai pelitup muka tidak lama lagi. Boleh ke tidak ni?
Netizen juga percaya gambar itu pasti menjadi foto pilihan untuk tahun ini.
Netizen turut terhibur melihat kemesraan antara Dr Samer dan bayi berkenaan dengan meninggalkan pelbagai komen menghiburkan. Jom baca komen rakyat Malaysia yang teruja melihat foto istimewa ini.






Sumber: Oh My Media

Ibu yang melahirkan dan bayi yang dilahirkan dalam tempoh kemunculan pandemik COVID-19 ini bakal menjadi memori yang sukar dilupakan dalam keluarga mereka suatu hari nanti malah ia bakal menjadi sejarah keturunan generasi akan datang. : KitaReporters



3
0
0
0
0

Copy Link: