Keluarga Malaysia: Tolong kami! Bantu Tajuddin Ahmad! Rayu sumbangan untuk beli basikal elektrik!

Published by
KitaReporters


"Tolong bantu saya untuk dapatkan sebuah basikal elektrik bagi memudahkan saya bergerak dari rumah ke pasar untuk belikan makanan." Demikian luahan rasa saorang warga emas, Tajuddin Ahmad berusia 69 tahun pada wakil KitaReporters.

Warga emas yang lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Pak Din hanya menggunakan sebuah basikal buruk untuk berkayuh dari rumahnya ke Pekan Tawar atau ke Pekan Kuala Pegang di Baling setiap hari untuk membelikan keperluan keluarganya.


Lagi cerita-cerita menarik dari Baling

Tajuddin Ahmad @ Pak Din, 69, merayu orang ramai membantunya mendapatkan sebuah Basikal elektrik 


Tajuddin@Pak Din menetap di Perkampungan KEDA, Keledang kira-kira lima kilometer dari Pekan Kuala Pegang, Baling.

Warga emas ini bersama isterinya Aishah Abdullah, 64, mempunyai tujuh orang anak, tiga darinya anak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 21 hingga 32 tahun dengan dua daripada mereka lelaki dan seorang perempuan. 

Menurut Pak Din, faktor usia menyebabkan beliau tidak lagi mampu berkayuh setiap hari dan berharap ada bantuan daripada mana-mana pihak yang bersimpati untuk membantunya mendapatkan sebuah basikal elektrik.

Katanya, beliau sendiri tidak mampu mengumpulkan wang lebih RM1,500 untok membeli basikal eletrik berkenaan selain berharap sokongan dan simpati daripada orang ramai.

Jika ada pihak yang ingin membantu beliau, bolehlah menghubungi wartawan KitaReporters daerah Baling, Che Saad Noordin melalui talian 01153358009 untok menemui Pak Din. - KitaReporters


Tajuddin bersama dua dari tiga anaknya yang OKU di rumah mereka di Perkampungan KEDA, Keledang di Baling.

10
10
0
10
0

Copy Link: