Mulianya cara dia pergi! Tunggu isteri sambil jaga anak-anak
Published byBENARLAH ajal maut semuanya ditangan-Nya, jangan disangka yang terbaring sakit itu petanda sudah tiba masanya, jika Dia mengkehendaki yang sihat juga tidak mustahil boleh ‘dijemput’ secara tenang. Persoalannya hanyalah sama ada kita dijemput dengan cara baik atau sebaliknya. : KitaReporters
TIDAK sedar diri dalam keadaan sendirian dan hanya ditemani anak-anak kecil di tepi jalan ketika menunggu isterinya pergi temu duga. - Kredit foto: Facebook Mohd Faisol.
Seperti kisah yang menjadi tular dalam media sosial apabila seorang suami dilaporkan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba
ketika setia menunggu isterinya yang dipanggil temu duga sebagai seorang jururawat
di sebuah hospital swasta di Bangsar, 18 Disember 2020.
Kisah menyedihkan itu dikongsi oleh pengguna Facebook,
Mohd Faisol yang didatangi seorang wanita Jepun yang hairan melihat dua
kanak-kanak sedang menangis melihat bapanya tidak sedarkan diri.
Faisol yang kebetulan melalui kawasan itu terus dipanggil
wanita Jepun berkenaan kerana tidak fasih berbahasa Melayu menyebabkan dia terus menerjah
ke arah kanak-kanak berkenaan yang menyatakan bapanya, Mohd Ashraf Rosli sudah
meninggal dunia.
Tanpa melengah masa, Faisol terus menghubungi ambulans dan paramedik sebelum disahkan Ashraf sudah meninggal dunia.
Innalillah waina ilaihi rojiun… Mudahnya perjalanan awak!
DIBANTU oleh seorang wanita Jepun yang melalui kawasan tersebut dan pelik melihat dua anak kecil yang menangis di tepi kereta bapa mereka.
Sementara itu isterinya, Nurul Ain Mohd Razip pula
terkejut selepas panggilan telefon kepada suami disambut oleh anaknya sendiri
dalam keadaan teresak-esak sambil menyatakan bapa mereka telah 'pergi'.
Katanya, ketika perjalanan lagi suaminya telah mengadu sakit dada. Keadaan itu menyebabkan dia bimbang malah sepanjang menunggu giliran ditemu duga dia sempat berbalas pesanan bersama suaminya yang terpaksa menjaga tiga anak kecil.
Namun selepas beberapa minit kemudian pesanan yang dihantar sudah tidak berbalas oleh suaminya menyebabkan dia risau dan pelik
Wanita berusia 31 tahun itu berkata mereka sekeluarga merancang untuk pulang ke kampung selepas selesai temu dudga berkenaan. Rupanya kepulangan ke kampung bukan sekadar untuk bercuti tetapi disemadikan terus di kampung halamannya.
BANTUAN paramedik tiba sebelum disahkan meninggal dunia dan dibawa ke hospital berhampiran.
Namun Nurul Ain bersyukur ketika kejadian ada orang awam yang membantu selain menjaga anak-anak kecilnya.
Jenazah suaminya kemudian terus dihantar ke hospital berhampiran sebelum urusan pengkebumian yang dilakukan di kampung halamannya di Ipoh, Perak.
Mulianya pemergiannya sambil menjaga anak-anak ketika menunggu si isteri berusaha mencari rezeki.
Semoga urusan 'di sana' juga dipermudahkan. Salam takziah kepada keluarga! - KitaReporters