BAGI mereka yang tercari-cari siapakah wanita tercantik di dunia, kami akan memperkenalkan orang itu kepada anda sekarang. Menurut laporan Insert Live, setelah beberapa kriteria penting diukur bagi mencari dan memilih wanita tercantik di dunia itu, maka kini diputuskan Hande Ercel adalah pemegang 'tittle' tersebut. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kecantikan:

https://kitareporters.com/search?search=cantik


Hande merupakan seorang pelakon yang berasal dari Turki Tengah. Beliau telah terpilih menjadi wanita tercantik di dunia hasil undian yang dilakukan melalui Top Beauty (TB) World 2020.

Beberapa kriteria penting digariskan bagi penilaian secara khusus dapat dilakukan, antaranya ialah 50 peratus berdasarkan ratio wajah, 20 peratus berdasarkan standard kecantikan global dan selebihnya iaitu 30 peratus berdasarkan hasil undian orang ramai.


Pengumuman tersebut dilakukan di Twitter TB World @Dtopbeautyworld baru-baru ini.


Selain wajah Hande Ercel yang menghiasi laman sosial tersebut, TB World turut mengeluarkan senarai 100 wajah paling cantik di dunia pada tahun 2020.

Hande yang berumur 27 tahun berjaya mengalahkan Yoona SNSD, iaitu penyandang gelaran itu pada tahun lalu. Beliau juga turut mengalahkan Alexandra Daddario, Angelina Jolie dan Lisa Blackpink dalam senarai 100 Wanita Paling Cantik Dunia itu.



Jadi, siapakah Hande Ercel ini?

Hande Ercel adalah merupakan seorang artis yang dilahirkan di Turki pada tanggal 24 November 1993. Beliau mula terkenal bukan sahaja sebagai seorang artis, malah turut bergelar model.

Kerjaya Hande sebagai model bermula ketika beliau memenangi pertandingan Miss Civilization of Turkey 2012. Selepas daripada itu, nama beliau makin menjadi sebutan dalam industri perfileman dan hiburan negara berkenaan.

Setahun kemudian, selepas bakat dan kecantikannya mula diiktiraf dan disukai ramai, beliau mula menceburkan diri sebagai bintang televisyen dan muncul dalam drama seperti Calikusu, Gunesin Kizlari, Ask Laftan Anlamaz.

Hande bukan sahaja sekadar 'menjual' wajah yang cantik atau bakat yang menarik, sebaliknya beliau seorang siswazah yang pandai dan merupakan lulusan Universiti Mimar Sinan Fine Arts.

Mengenai kisah percintaan pula, di negaranya Hande diketahui telah bertunang dengan penyanyi Murat Dalkilic pada Februari 2020 yang lalu.

Namun, pertunangan itu hanya bertahan selama lima bulan dan kedua-duanya memilih untuk berpisah setelah tiga tahun bercinta. Untuk rekod, sekarang ini Hande dipercayai masih tidak mempunyai kekasih hati yang serius.



Selain itu, dalam senarai berkenaan, tempat kedua disandang oleh pelakon Bollywood, Deepika Padukone, diikuti model Hungaria, Barbara Palvin.

Tempat keempat pula disandang oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Im Yoona (Im Yoon-ah) manakala tempat kelima ialah penyanyi dandut Indonesia, Lesti Kejora.

Top Beauty World adalah sebuah portal yang memilih 100 wanita paling cantik dan 100 lelaki paling tampan sepanjang tahun bermula 2015 lalu. - KitaReporters


4
2
1
2
0

Copy Link: