JENUH sudah kita melalui pahit getir kesan daripada wabak Covid-19, yang bermula sejak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 18 mac 2020, sampaikan dalam tempoh berpuasa dan berhari raya, kita terpaksa mengamalkan norma baharu (new norm) tau kelaziman baharu dalam setiap inci pergerakan. : KitaReporters

Salah satu ciapan Twitter Dr Faheem.


Daripada Mac sehingga Jun 2020 kita telah melalui pahit getir itu, bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP B (Bersyarat) dan PKP D (diperketatkan), sehingga kita beraya bersama ahli keluarga sendiri sahaja. Suami isteri tak dapat berjumpa dengan orang tua masing-masing, manakala cucu tidak dapat beraya dengan atok dan nenek.

Banyak syarat yang perlu kita patuhi dalam usaha membendung wabak berkenaan sehingga sukar bagi orang awam  untuk keluar bekerja, membeli-belah dan bersilatulrahim seperti kebiasaannya. 

Pendek kata hampir semua kegiatan dalam kehidupan menghadapi kekangan!!  

Masih ingatkah peraturan-peraturan yang disenaraikan untuk kita semua patuhi? 

Mungkin ada yang tak dapat nak ingat, kerana terlalu banyak. Andai kita ikut semua peraturan itu, boleh lumpuh kegiatan dalam kehidupan. 

Ini yang membuat masing-masing buntu, sampai bila akan hidup dalam kekangan, dengan segala macam peraturan.

Walaupun kerajaan membenarkan kebebasan bergerak kelak, namun tetap juga kita perlu mematuhi peraturan untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Kelak sedikit demi sedikit orang ramai akan melonggarkan kepatuhan kepada peraturan mengelak virus berkenaan.

Panduan nasihat daripada pakar virus di bawah, mungkin boleh melegakan sikit tekanan kita.


Dr Faheem Younus banyak ditemu bual dan memberi info mengenai Covid-19. - Kredit foto: FB


Ketua Klinik Penyakit Berjangkit Universiti Maryland Amerika Syarikat, Dr Faheem Younus memberi panduan dikatakan praktikal dan jujur, dalam ciapan Twitternya yang kemudian dipetik oleh portal Theazb.com melalu berita bertajuk,  "We will live with Covid-19 for months, Let's not deny it or panic: Dr Faheem Younus" (Kita akan hidup bersama Covid selama berbulan-bulan. Jangan nafi hakikat ini atau panik: Dr Faheem Younus).

Berikut nasihat beliau seperti yang diterjemahkan oleh seorang netizen dikenali Fuad Latiff, dan disusun semula oleh penulis.

  1. Kita perlu teruskan hidup kita bersama-sama Covid-19 untuk berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Tak perlu nafi atau cemas. Usah sia-siakan hidup kita. Marilah belajar hidup dengan fakta. Jangan jadikan hidup kita sulit. Mari kita terima hakikatnya dengan rela.
  2. Anda tidak boleh hapuskan virus Covid-19 yang meresap ke sel-sel dinding tubuh dengan meminum bergelen air panas. Ia hanya buat anda kerap ke bilik air.
  3. Membasuh tangan dan mengekalkan jarak 2 meter daripada orang lain adalah cara terbaik melindungi diri dariada virus itu.
  4. Jika tiada pesakit Covid-19 di rumah, tak perlulah sembur sanitizer/nyah kuman pada seluruh permukaan dalam rumah.
  5. Bungkusan kiriman, pam stesyen minyak, troli di pasar raya dan ATM tidak menyebabkan jangkitan. Basuh saja tangan yang diguna untuk memegang apa-apa, teruskan hidup seperti biasa.
  6. Covid-19 bukannya jangkitan daripada makanan. Ia berkait dengan titisan seperti selsema. Tidak ada bukti Covid-19 disebar dengan memesan makanan.
  7. Menjalani sauna tidak membunuh virus Covid-19 yang telah menembusi sel. Anda mungkin hilang deria bau kerana mengalami berbagai alahan dan jangkitan. Ini adalah bukan gejala Covid-19 yang nyata.
  8. Bila balik rumah, tak perlu tukar baju dengan segera dan mandi di bilik air. Kebersihan penting, taksub jangan.
  9. Virus Covid-19 tidak berada di udara. Ia adalah jangkitan melalui sentuhan sebarang titisan cecair daripada  pesakit, justeru kekalkan jarak anda.
  10. Udara adalah bersih, anda boleh berjalan-jalan di taman (pastikan kekal jarak selamat).
  11. Memadailah mengunakan sabun biasa untuk Covid-19. Bukan sabun antibakteria. Ia virus bukan bakteria.
  12. Anda tidak perlu risau bila memesan makanan, bagaimanapun anda boleh panaskan guna mikrowave jika perlu.
  13. Peluang untuk bawa Covid-19 ke rumah dengan kasut anda adalah sesuatu yang tidak terima akal. Saya berkerja melawan virus selama 20 tahun... titisan jangkitan tidak tersebar seperti itu.
  14. Anda tidak boleh menghalang virus itu dengan mengambil cuka, air tebu atau halia. Ini untuk pencegahan bukan merawat.
  15. Menggunakan mask/topeng muka terlalu lama akan menggangu pernafasan dan kadar oksigen. Gunalah bila berada di tempat awam.
  16. Memakai sarung tangan juga tidak perlu, ini kerana virus akan berkumpul di dalam sarung tangan dan mudah merebak jika anda menyentuh muka. Lebih baik basuh saja tangan sekerap mungkin.
  17. Daya kekebalan menjadi lemah bila terlalu lama berada di kawasan yang kerap dinyahkuman. Walaupun anda mengambil makanan yg berkhasiat anda perlu keluar rumah. Pergilah ke taman atau pantai.
  18. Ketahanan akan meningkat dengan mendedahkan diri pada pathogen. Bukan dengan duduk di rumah dan makan makanan yang berminyak, berempah, bergula dan minuman berkarbonat.
Itu nasihat daripada Dr Faheem!! 

Apa pun kita boleh perbandingkan nasihat pakar berkenaan dengan nasihat pakar negara kita dan ambil yang mana rasa selamat untuk amalkan.

Virus ini dikatakan tidak hilang selagi antivirus atau vaksinnya belum dijumpai dan masalah wabak ini diramal berterusan sehingga 2 tahun. 

Semoga kita  semua selamat dan dilindungi daripada virus Covid-19. Amin!! - KitaReporters


Sumber 

https://theazb.com/we-will-live-with-covid19-for-months-lets-not-deny-it-or-panic-dr-faheem-younus/

https://twitter.com/faheemyounus

https://www.divaonline.com.pk/this-doctor-busts-the-coronavirus-myths-flooding-social-media/

2
0
0
0
0

Copy Link: