Agihan Bantuan Fidyah MAIS untuk mereka yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 disalurkan kepada salah sebuah masjid yang terpilih. - Kredit foto: MAIS dan LZS.


DENGAN keprihatinan para pembayar fidyah secara tidak langsung membolehkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantu menyumbang  kepada mereka yang terjejas  semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Melalui dana yang terkumpul satu program "Bantuan Fidyah MAIS" berjaya diwujudkan dan pengagihan  untuk mereka yang layak dalam pelaksanaan sekarang.

Hasil bantuan tersebut yang disifatkan  sebagai rezeki musim COVID-19 oleh penerima mampu meringankan sebahagian beban yang terpaksa ditanggung kerana terjejas dan terputus bakalan makanan harian, lebih-lebih bagi keluarga yang terpaksa dikuarantin di rumah kerana positif COVID-19.

Syukorlah dengan rezeki yang diterima melalui agihan tersebut dapat melegakan sedikit keperitan hidup dalam keadaan serba mendesak sekarang berikutan ekonomi semakin tidak menentu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan MAIS:

https://kitareporters.com/search?search=MAIS


Salah sebuah masjid yang dipilih menerima agihan Bantuan Fidyah MAIS untuk mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 menerima barangan yang disampaikan oleh Suhaimi Ismail (dua dari kiri).


Selama empat hari bermula Selasa, 9 Februari hingga Jumaat 12 Februari 2021, sejumlah 1,039 penerima yang layak dikenal pasti menerima agihan bantuan tersebut bagi sekitar daerah Klang, Petaling, Sepang dan Hulu Langat

Nilai keseluruhan bantuan tersebut berjumlah RM103,300 merupakan barangan makanan asas antaranya termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak dan susu yang nilainya RM100 bagi satu keluarga.

Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail dan Eksekutif Pemilihan Riqab MAIS, Adlan Maaruf Mohd Idris menyerahkan sumbangan bantuan disalurkan melalui pihak masjid, surau dan pertubuhan yang dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran.

Penyerahan tersebut juga dengan kerjasama Rakan Strategik Fidyah MAIS (RSFM) iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd. dan Pertubuhan Kebajikan An Naafi.


Rakan Strategik Fidyah MAIS antara pihak diberi kepercayaan  untuk mengagihkan Bantuan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor untuk mereka yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 .


Penyerahan barangan agihan bantuan  fidyah bagi 96 keluarga yang layak pada Jumaat 12 Februari 2021 melibatkan jumlah RM9,600 untuk daerah Klang dan Petaling antara lokasi berlangsung di Surau Nurul Hidayah, Masjid Kampung Kuantan, Masjid Al Qayyum, Surau Al Ikhwan dan Surau Ar Rahman.

Penyerahan pada Khamis 11 Februari 2021 oula berlangsung di Masjid Kampung Seri Aman, Masjid Fi Sabilillah, Surau Nurhikmah, Masjid At-Taqwa Desa Serdang, Surau Istiqamah dan Masjid Teras Jenang dengan nilai bantuan RM37,600 bagi 376 penerima sekitar daerah Petaling, Sepang dan Hulu Langat.

Pada Rabu 10 Februari 2021 serahan diadakan di Masjid Kota Raja, Surau At-Taqwa, Surau Al Haqq, Surau Ubudiah, Surau Sayyidah Zainab, Surau An-Nubuwwah, Masjid Raja Uda, Maahad Tahfiz Sains Teknologi Darul Ehsan, Surau Al Ehsan dan Masjid Al Falah untuk seramai 385 penerima sekitar daerah Klang dengan nilai bantuan RM38,500.



Sebelum ini, pada Selasa 9 Februari 2021, bantuan di bawah Program Fidyah MAIS bernilai RM18,200 diagihkan kepada 182 penerima di daerah Petaling dan Klang. Seramai 93 penerima yang layak dengan nilai bantuan RM9,300 merupakan dari daerah Petaling dan 89 penerima lagi dari daerah Klang dengan nilai bantuan RM8,900.

Bantuan Fidyah MAIS untuk daerah Klang diagihkan di Surau Darul Akhyar, Masjid Nurul Jannah, Surau Ar Rahman Taman Cempaka Sari, Masjid Kiayai Haji Abdullah Omar, Surau Al Faizin dan Surau At Taqwa, manakala di daerah Petaling melibatkan tiga lokasi di Pertubuhan Kebajikan An Naafi, Surau An Namira dan Surau Al Firdaus.

MAIS mengharapkan melalui bantuan yang dihulur dapat meringankan kos perbelanjaan harian kerana terkesan semasa KPK.

Selain itu orang ramai yang ingin membayar fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my dan bayaran boleh terus dibuat menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Salah seorang pegawai MAIS (kanan) menunjukan baucar penyerahan barangan bantuan fidyah kepada pihak penerima.


Sementara itu, salah sebuah agensi di bawah MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan 1,250 pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh sepanjang empat minggu yang telah bermula pada Rabu 10 Februari 2021 lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Mohd Yusof, sumbangan pek makanan yang diagihkan tiga kali seminggu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sebagai tanda sokongan para petugas yang bekerja keras mengawal penularan pandemik COVID-19.

Katanya, pek makanan dengan enam menu yang berbeza disediakan oleh usahawan-usahawan trak makanan LZS dari peringkat masak hingga kepada pengedarannya. Melalui cara ini, ia turut menjana pendapatan kepada usahawan terlibat.

Menurutnya, sumbangan tersebut tidak akan menjejaskan bantuan lain yang dibuat oleh LZS terutama asnaf fakir miskin kerana peruntukannya menggunakan peruntukan amil. - KitaReporters


Salah seorang pegawai LZS (tiga dari kiri) menyerahkan pek makanan kepada pihak pengurusan Hospital Selayang, Selangor.


Saipolyazan Mohd Yusof turut sama menguruskan agihan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

1
0
1
0
0

Copy Link: