Syabas Nuraishah! Tukar kerjaya selesa untuk bercucuk tanam!
Published byMENJADI perkara yang wajib, sebaik tamat pengajian di universiti pasti menginginkan kerja yang hebat dan tampil bergaya, jarang sekali kita mendengar ada yang mahu menetap di kampung meneruskan kerja-kerja kampung sebagai petani. Jarang sangat kalau ada pun seorang dalam seribu! : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan pertanian:
https://kitareporters.com/search?search=pertanian
Maklumlah siapa mahu bergelumang dengan tanah dan selut yang kotor sedangkan ilmu penuh di dada.
Tapi itulah kelainan yang berlaku seorang gadis muda dari Teluk Intan, Perak yang sanggup tinggal keseronokan di ibu kota demi berjasa kepada tanah.
Bagi Nuraishah Shamsuddin, dia lebih selesa dengan kehidupan tenang di kampung selain dapat menemani ibunya dia juga dapat berbudi kepada tanah.
Biarpun memiliki kejayaan dalam pembelajaran, namun
pemegang Master in Art dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kini selesa
sebagai pengusaha tanaman organik di atas tanah milik keluarganya.
Biarpun sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik
namun dia sanggup meninggalkan kerjaya yang mampu menawarkan kemewahan di kota
besar dan sangat teruja dan lebih selesa dengan kerjaya yang dipikul hari ini.
Pendirian itu membuatkan kisahnya menjadi tular suatu masa dulu kerana amat jarang golongan muda terutama wanita hari ini berfikiran terbuka seperti dirinya.
Kini, lebih 20 tanaman organik diusahakan sendiri di
atas tanah milik keluarga berhampiran kediaman keluarganya.
Pelbagai sayuran diusahakan dengan cara organik tanpa menggunakan baja kimia. Malah perjalanan seharian sering dikongsi dalam laman sosial miliknya @nuraishahshamsuddin.
Dedah
Nuraishah, kehidupannya itu sebagai pekebun secara asasnya terbahagi kepada dua
aspek iaitu teori dan praktikal.
Secara teori, gadis tersebut menghabiskan masa pada malam hari dengan membaca perihal tanaman yang mungkin boleh dipraktikkannya pada siang hari.
Menjenguk laman instagram wanita cekal itu pasti
teruja dengan hasil tanaman yang segar bugar dan yang penting bebas daripada
bahan kimia.
Lebih membanggakan lagi apabila Nuraishah menjelaskan bahawa tujuan utama aktiviti kebun itu bukanlah untuk mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya lebih kepada mahu mendidik masyarakat terutama golongan luar bandar untuk hidup secara lestari iaitu menanam tanaman organik serta memelihara persekitaran.
Tahniah Nuraishah, tak rugi berbudi kepada tanah, pasti ada hasilnya.
Teruskan usahamu jadikan perjalanan ini sebagai
perintis untuk anak-anak muda lain menjejaki kejayaan seperti dirimu. - KitaReporters