SHABRINA bergambar bersama Ijazah Sarjananya di pusara bapanya baru-baru ini. - Kredit foto: Tribunnews.com


KENANGAN yang terindah bersama bapa ialah dia sering memberi kata-kata semangat supaya anaknya memberi perhatian sepenuh masa dalam bidang akademik agar memperolehi kejayaan yang cemerlang

Kata-kata semangat itu telah dijadikan sebagai azimat oleh seorang mahasiswi, Nadhifa Laudza Shabrina, 22. Namun bapanya itu kini tiada lagi.

Shabrina yang belajar di Institut Teknologi Sepuluh (ITS) Nopember, Surabaya, Jawa Timur mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dalam Teknik Geofisika dari Magister Manajemen Teknologi (MMT) ITS, baru-baru ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ijazah

SHABRINA menjunjung Ijazahnya di sisi pusara bapanya. - Kredit foto: Tribunnews.com



Kini bapanya sudah tiada lagi selepas meninggal dunia pada 29 Disember 2013 dan semasa hayatnya bapa selalu memberi motivasi terhadapnya yang telah membangkitkan semangat untuk terus belajar tanpa mengenal erti jemu serta penat. 

Kejayaan yang dikecapi baru-baru ini sama dengan arwah bapanya, Eko Julianto Prihantoro yang memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan yang sama dari MMT pada 2009 dan di kampus ITS itu juga bapanya belajar.

Sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen, saya terus ke tanah perkuburan papa. Saya berfoto dengan pose yang sama memegang ijazah yang sama seperti kelulusan papa pada 2009 sewaktu itu saya berumur 10 tahun datang ke ITS bersama mama bagi meraikan kejayaan papa itu.

Foto yang saya ambil seperti ini di tanah perkuburan untuk mengenangkan kembali kisah saya bersama papa pada masa lampau,’’ kata Shabrina dipetik dari TribunVideo.com pada 17 Oktober 2021.


KETIKA berumur 10 tahun lalu, Shabrina pernah menjunjung Ijazah Sarjana bapanya di pekarangan ITS, Surabaya pada Oktober 2009. - Kredit foto: Tribunnews.com  


Biarpun bapanya sudah meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu, namun apa yang dilakukan oleh Shabrina seolah-olah bapanya hadir di sisinya untuk meraikan hari yang penuh bersejarah dalam hidupnya sebagaimana suatu ketika dahulu dia pernah meraikan kejayaan arwah bapanya.

Foto tersebut dimuat naik dalam media sosial yang mendapat perhatian dan simpati daripada netizen.

Papa lihatlah Ijazah aku ini, aku sudah lakukan yang terbaik seperti papa mahu,’’ ujarnya semasa dia berada di pusara bapanya yang pada posting dalam akaun Instagramnya.


SHABRINA sewaktu berumur 10 tahun meraikan kejayaan bapanya mendapat Ijazah Sarjana selepas majlis konvokesyen di ITS, Surabaya pada tahun 2009. - Kredit foto: Tribunnews.com


Shabrina yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik memberitahu dia amat gembira dapat mengikuti jejak bapanya yang belajar di ITS dalam jurusan yang sama.

Gadis itu memberitahu, pada usianya 10 tahun ataupun pada Oktober 2009, dia pernah berfoto dengan memegang Ijazah milik ayahnya itu di pekarangan ITS bersama bapanya.

“Kini itu semua tinggal kenangan sebab itu saya hadir untuk berfoto di pusara papa sebagai mengenangkan kisah silam saya bersama papa yang banyak memberi nasihat sehingga membangkitkan semangat saya untuk belajar.


 

GAMBAR sebelah kiri pada Oktober 2009 dan sebelah kanan pada Oktober 2021 yang mana kedua-dua gambar itu Shabrina sedang menjunjung Ijazah Sarjana milik bapanya dan Ijazah Sarjana Muda miliknya


“Saya dapat bayangkan, jika arwah papa masih ada sudah tentu dia turut gembira dengan kejayaan yang diperolehi saya yang belajar dalam bidang yang sama dengannya,’’ ujarnya.

Shabrina menceritakan, semasa bapanya masih hidup, dia selalu meyakinkan hatinya bahawa suatu hari nanti dia dapat memiliki Ijazah dengan syarat dia seharusnya tekun dalam bidang akademik.

Namun, kata gadis yang berasal dari Surabaya itu, pilihan hatinya untuk berkuliah di ITS bukan disebabkan dia tertarik kerana bapanya pernah belajar di situ sebaliknya dia tertarik dengan kampus itu.

“Saya mula belajar di ITS sejak 2017 sehingga lulus dan dalam tempoh tersebut pelbagai cabaran serta dugaan yang terpaksa dilalui bersama pelajar lain sebelum mendapat kejayaan yang boleh dikatakan  membanggakan diri saya, mama serta adik beradik,’’ jelasnya. - KitaReporters


12
9
0
6
0

Copy Link: