Mangsa yang cuba terjun dari tingkat 32 kondominium di Sungai Buluh berjaya diselamatkan bomba. - Kredit foto: Ihsan JBPM Selangor


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh, Selangor pada 17 Jun 2021.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.52 malam dan  seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian didapati seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dipercayai cuba bunuh diri. Bagaimanapun, tindakan pantas bomba berjaya memujuk dan selamatkan mangsa.

“Pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan serta memujuk mangsa ke tempat selamat.

“Mangsa didapati mengalami tekanan ekoran masalah peribadi kerana diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 18 Jun 2021.

Tambah Norazam, wanita tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
2
3
0
0

Copy Link: