Takut kekasih hamil! Remaja usia 15 tahun nekad bunuh gadis usia 14 tahun! 'Jamu' racun tikus!
Published byPINTU gerbang Kota Kediri, Jawa Timur. - Kredit foto: bisnisUKM
SAMPAI hati!! Seorang remaja yang baru berusia 15 tahun meracun hingga mati kekasihnya yang berumur 14 tahun hanya kerana takut apabila mengetahui remaja wanita itu mengandung akibat keterlanjuran mereka.
Sungguh menyayat hati hubungan cinta ‘budak-budak’ ini
berakhir dengan tragedi, apatah lagi gadis itu sendiri tidak tahu kekasihnya
mahu membunuhnya dengan memasukkan racun tikus ke dalam jamu yang diminumnya.
Memetik Kompas.com, remaja itu memberikan jamu kepada kekasihnya dan memberitahu jamu itu untuk menggugurkan kandungan. Tetapi rupanya dia mahu membunuh kekasihnya dengan mencampurkan racun tikus pada jamu itu.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
PENDUDUk desa memerhatikan mayat gadis remaja dikenali sebagai Q, yang dibunuh kekasihnya, di padang bola tampar di Dusun Bolorejo, Kecamatan Gurah, Kediri.-Kredit Kompas.com
Kejadian berlaku di Desa Tiru Lor, Kecamatan Gurah, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Indonesia, pada Jumaat malam, 24 September 2021.
Laporan itu bagaimana pun tidak mendedahkan nama kedua-dua remaja berkenaan. Gadis itu hanya dikenali sebagai Q.
Ketua Polis Kediri, Lukman Cahyono memberitahu, pasangan
remaja itu merupakan jiran dan rumah mereka berdekatan. Lelaki itu menjadi
takut apabila mengetahu kekasihnya mengandung.
Dia kemudian memujuk kekasihnya minum jamu untuk menggugurkan
kandungan. Mereka bertemu selepas maghrib hari kejadian di padang bola tampar
Dusun Bolorejo, tidak jauh dari kediaman mereka.
Wanita itu yang tidak mengsyaki sesuatu minum jamu beracun tersebut dan mati. Remaja lelaki itu pula terus menghilangkan diri.
Kredit foto: bangsaonline.com
Mayat wanita itu ditemukan oleh seorang lelaki bernama Samsuri ketika hendak memberi makan ternakan.
Ketika itu dia melihat seseorang tergelempang dalam keadaan
terlentang di padang bola tampar yang terletak di belakang rumahnya pada pukul
9 malam waktu tempatan, hari Jumaat, 24 September 2021.
Dia kemudian memberitahu rakannya dan bersama-sama memaklumkan kepada ketua desa, Agus Sulkan. Laporan polis kemudian dibuat.
Polis berjaya menangkap remaja lelaki itu pada pukul 2.30 pagi Sabtu selepas beberapa jam mayat ditemui. Tangkapan segera ini hasil siasatan selepas mendapat petunjuk daripada telefon bimbit mangsa yang ditemui di tempat kejadian.
Dalam telefon itu tercatat perbualan mencurigakan antara wanita itu dengan kekasihnya. Gerakan mencari lelaki itu kemudian dijalankan.
Hasil siasatan rapi juga, polis mengesahkan remaja lelaki itu bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan. Dia kini dalam tahanan polis sementara menunggu pertuduhan di mahkamah. - KitaReporters.com
Kredit foto: bangsaonline.com