KESEMPITAN hidup penyanyi, komposer dan pemuzik To’Ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, mendapat pembelaan. Semalam, 1 Julai 2020 adalah hari penuh bermakna bagi To'Ki. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dan pendakwah serta penyumbang amal tersohor Ustaz Ebit Lew menyampaikan sejumlah sumbangan kepada To’Ki dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48. : KitaReporters

To'Ki menyambut mesra kunjungan pegawai dari PPZ MAIWP yang diketuai Ustaz Ahmad Syukri Yusoff. - Kredit foto: PPZ MAIWP

Sekumpulan pegawai PPZ MAIWP yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Ahmad Syukri Yusoff berkunjung ke pondok pinggi hutan To’Ki di Batu 10, Gombak, Selangor.

Selain melihat keadaan kehidupan To’Ki dan isteri, PPZ MAIWP menghulurkan bantuan zakat

Badan itu dilaporkan akan membina rumah selesa dan menyumbang sejumlah barangan keperluan buat pasangan suami isteri itu.

Ustaz Syukri berbual dengan Sharifah Fairuz. - Kredit foto: PPZ MAIWP


Kediaman itu akan dibina di sebuah kawasan yang sesuai walaupun To'Ki berasa sayang dengan kawasan yang didiami sekarang walaupun serba kekurangan.

Rentetan isunya tular kepada masyarakat setelah dijadikan laporan khas dalam berita Astro Awani pada Isnin, 29 Jun 2020.

Berita itu sampai ke pengetahuan PPZ MAIWP lalu berhasrat melakukan sumbangan melalui Khaira PPZ (CSR).

Ustaz Syukri mendengar lebih lanjut masalah dialami To'Ki. - Kredit foto: PPZ MAIWP

Selain tawaran pembinaan rumah, PPZ MAIWP turut memberi sebuah laptop kepada isteri To'Ki bagi memudah dia berkarya kerana dia seorang sasterawan.

Sementara itu, pada sebelah petangnya, To'Ki dikunjungi seorang pendakwah bebas yang dihormatinya iaitu Ustaz Ebit Lew, yang membawa sejumlah barangan keperluan dan sumbangan kewangan.

Antara barangan yang disumbang oleh Ustaz Ebit Lew kepada To'Ki dan isteri. - Kredit foto: IG @ebitlew

“Dari jauh To’Ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. 

"Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” kata Ustaz Ebit dalam Instagram dan Facebooknya.

“Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. 

"Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi Insya-Allah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” tambah Ebit dalam postingannya itu.


Ustaz Ebit merakam nyanyian To'Ki. - Kredit foto: IG @ebit lew


Sumbangan Ustaz Ebit dipercayai lebih menarik minat To’Ki kerana ia bermakna mengubah taraf kediamannya dan persekitaran kerana hatinya sudah sebati dengan pondoknya dan kawasan kediamannya.

Ebit dan To'Ki bercanda atas jalan di depan pondok. - Kredit foto: IG @ebitlew


Dengan dihadiahkan sejumlah barangan elekronik, perabot dan keperluan dapur, To’Ki bolehlah menjalani kehidupan lebih selesa.

DIa melahirkan rasa syukur adanya orang berhati mulia seperti Ustaz Ebit Lew yang tidak henti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. - KitaReporters


@ebitlew : Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai jer dah berdebar kata Allah kedalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz

InsyaAllah akan bantu untuk Tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang - ebitlew

1
2
1
0
0

Copy Link: