GAMBAR hiasan... Kebenaran akad nikah itu diberikan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pejabat Agama Jajahan.


JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) membenarkan majlis akad nikah di negeri ini dilakukan menerusi sidang video sahaja bermula hari ini Selasa, 1 Jun 2021 susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan (SPP) atau total lockdown di seluruh negara.

Pengarah JAHEIK Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, kebenaran itu diberikan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pejabat Agama Jajahan.

“Majlis itu perlu dijalankan di rumah pengantin perempuan dan tiada pergerakan rentas negeri atau daerah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali pengantin lelaki sahaja dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jurunikah perlu memastikan kesemua yang terbabit hadir sepanjang sidang video iaitu seorang wali, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan dua saksi," katanya menerusi kenyataan di Kota Bharu, Selasa, 1 Jun 2021.

Che Mohd Rahim berkata, jurunikah hendaklah menyaksikan lafaz ijab kabul oleh pengantin lelaki bersama pengantin perempuan dengan kehadiran wali dan dua saksi.

Dalam pada itu katanya, kenduri dan doa selamat di rumah pengantin perempuan tidak dibenarkan dan semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tegas beliau, arahan ini diguna pakai bermula 1 Jun sehingga SPP tamat dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

DATUK Che Mohd Rahim berkata, jurunikah hendaklah menyaksikan lafaz ijab qabul oleh pengantin lelaki bersama pengantin perempuan dengan kehadiran wali dan dua saksi. Kredit jaheik.gov.my


2
0
3
0
0

Copy Link: