MATLAMAT Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza untuk mencapai sasaran RM300,000 selama sebulan dilancar semakin tercapai. Memasuki hari ke-20 dilancarkan, Dana PKP Siti Nurhaliza berjaya mengumpul RM204,566 dengan 6,203 penyumbang. : KitaReporters


Perkara itu telah diumumkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dalam postingnya dalam Instagramnya @CTDK.

Dana PKP bagi kategori ‘Peduli’  iaitu untuk Peralatan Pelindung diri (PPE),  Siti Nurhaliza telah menyerahkan 2,000 set PPE kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya, pada Khamis 30 April 2020.

Sementara peruntukan untuk kategori ‘Kemanusiaan’ dan  ‘Prihatin’  akan diberi kepada insan yang memerlukan   menjelang sambutan Aidilfitri ini.


Sementara itu, Konsert Live PKP edisi kedua telah berlangsung pada Ahad, 3 Mei 2020 untuk menambah jumlah sumbangan.

Siti Nurhaliza dalam siaran live Ahad lalu berjanji untuk mengadakan konsert edisi ke-3 pada sambutan Aidilfitri nanti.

Sementara itu, Siti akan melancar ‘single’ terbaharunya ‘Basyirah’ pada Jumaat, 8 Mei 2020 atau 15 Ramadan 1441 ini.

‘Basyirah’ bermaksud ‘khabar gembira’ dilancar di sejumlah platform elektronik. - KitaReporters

@ctdk : Saya ada Basyirah untuk anda, apakah Basyirah? Maksud Basyirah adalah Khabar Gembira.

Saya ada Khabar Gembira buat anda, 8 Mei ini, Basyirah di semua platform digital.

Jangan lupa purchase ya.❤️😊

0
0
0
0
0

Copy Link: