AMIZA Rahmat terus bergegas  ke hospital selepas dimaklumkan pengasuh yang anaknya Humaira Farisha tertelan aksesori gelang.


SEORANG ibu muda berdepan detik mendebarkan apabila anaknya yang berusia dua tahun tertelan aksesori gelang atau charm sehingga dimasukkan ke hospital, pada Jumaat, 18 Jun 2021.

Amiza Rahmat berkata, kejadian itu berlaku ketika anaknya, Humaira Farisha berada dalam jagaan pengasuh.

Humaira yang merupakan anak istimewa kerana mengalami masalah otak berlubang dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk dirujuk kepada pakar sebelum ditempatkan di bahagian kecemasan zon kuning.

“Lihat keputusan x-ray saya terkejut rasa hendak rebah, tengok charms yang berbentuk beg tangan itu berada dalam perut anak dan ketika itu saya peluk anak erat-erat sambil air mata mengalir.

“Alhamdulillah doktor kata charms itu sudah masuk dalam perut bukan saluran pernafasan (paru-paru), buat masa ini perlu dipantau dalam tempoh empat hingga lima hari sebelum dibenarkan pulang,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo pada Sabtu, 19 Jun 2021.

Amiza berkata, dia memberi anaknya memakai gelang emas sebagai ikhtiar kerana pernah terbaca pemakaian emas kepada si kecil boleh mengelakkan seseorang dari kerap sakit. 

Kejadian itu menjadi pengajaran dan situasi yang tidak akan dilupakan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Keputusan imbasan x-ray mendapati aksesori gelang berbentuk beg tangan berada dalam perut kanak-kanak tersebut. - Kredit foto: Kosmo

 

0
0
1
0
0

Copy Link: