Selamba bonceng jenazah ibu! Mahu tanam sendiri tapi kantoi!
Published byKALAU di Malaysia, yang sering terjadi di jalan raya adalah melihat pemandu kereta melawan arus jalan raya sehingga menggemparkan pengguna jalan raya yang lain. Namun di Indonesia, lain pula cerita apabila seorang pemuda, sanggup membonceng mayat ibunya di jalan raya kerana mahu mengebuminya sendiri sehingga tular dalam media sosial. : KitaReporters
Video yang tular dalam media sosial menunjukkan seorang pemuda membonceng mayat ibunya. - Kredit Video: Makassar_iinfo
Ginem, 80, meninggal dunia pada Khamis, 29 Oktober 2020 lalu kerana sakit tua. Dia tinggal bersama anak lelakinya di Desa Pengging, Boyolali,
Jawa Tengah.
Setelah menghembuskan nafas terakhir, anak lelakinya
terus membawa jenazah ibunya menggunakan motosikal. Jenazah tersebut diikat dengan
tali getah agar tidak jatuh.
Dia kemudian membawa jenazah ibunya untuk dikebumikan di kebun milik mereka. Perbuatannya itu membuatkan pengguna jalan raya terkejut dan merakam aksinya.
Dalam video yang tular itu, jelas kelihatan jenazah Ginem ditutupi kain dan diikat di belakang motosikal.
Jelas kelihatan jenazah dibawa dengan menggunakan motosikal oleh seorang lelaki.
Setelah sampai di kebun, tiada peralatan seperti
cangkul untuk menggali tanah. Justeru, anak lelaki Ginem pergi ke rumah
penduduk berdekatan untuk meminjam cangkul.
Mungkin kebanyakan penduduk kenal anak lelaki Ginem
itu, mereka mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lantas mengekorinya
dari belakang. Kecurigaan itu akhirnya terungkap apabila penduduk kampung
melihat pemuda itu mahu mengebumikan jenazah yang dibawanya itu.
Setelah diperiksa, jenazah itu adalah Ginem. Melihat kejadian tersebut jenazah Ginem dibawa ke rumah mayat di Dusun Selorejo, Desa Kedunglengkong untuk dimandikan.
Anak lelaki Ginem rupa-rupanya mempunyai masalah mental.
Kemudian jenazah dikebumikan mengikut proses yang baik dan betul di tanah perkuburan Sucen Timur.
Rupa-rupanya anak lelaki Ginem adalah golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental. Mungkin disebabkan panik, dia bertindak sedemikian. - KitaReporters