Suara emas R Ismail pasti dirindui! Nyanyian tetap memukau!
Published byR. Ismail atau nama lengkapnya Ismail Abdul Rahman menjadi pilihan sebagai penyanyi latar filem-filem Melayu terbitan Shaw Brother dan Cathay Keris di Singapura pada tahun 50-an dan 60-an. Sejumlah album lagu berbentuk langgam dan asli dalam bentuk EP dirakam oleh penyanyi bersuara emas itu seiring dengan kerancakan irama pop yeh-yeh pada masa itu. : KitaReporters
R Ismail masih mampu mengekalkan kelunakan suara walaupun sudah berusia lebih 80 tahun. - Kredit foto: Berita Mediacorp.
Lagi cerita-cerita berkaitan meninggal dunia:
https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia
Tentu anda yang kini dalam usia emas masih ingat atau masih dengar di radio sejumlah lagu popular nyanyiannya. ‘Gelombang’, ‘Seri Mersing’, ‘Laila Majnun’, ‘Selasihku Sayang’, ‘Tudung Periuk', ‘Gelombang’, dan ‘Dari Hati Ke Hati’.
Namun dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita semua akan kembali!! Dunia seni Melayu kehilangan seorang lagi insan seni yang berbakat.
R Ismail, 83, telah menyambut panggilan Ilahi pada Ahad, 13 September 2020 di Singapura akibat saluran jantung menyempit dan tiroid.
R Ismail lahir dari keluarga seni. Ayahnya, A Rahman merupakan salah seorang penyanyi era 40-an dan 50-an.
R Ismail mula menyanyi sejak berusia 8 tahun dan album EP pertamanya berjudul ‘Setangkai Bunga Raya’ pada 1950. Dengan memiliki suara emas, R Ismail juga berkebolehan menjadi dubber iaitu menggunakan suaranya untuk pelakon lain.
R Ismail menjadi peminjam suara bagi pelakon terkenal Cathay Keris, Nordin Ahmad.
Difahamkan R Ismail meminjamkan suara kepada Nordin Ahmad dalam sekurang-kurangya 10 buah filem. Kerana suara R Ismail dan Nordin terdapat persamaan, orang ramai sukar mengesannya.
R Ismail yang lahir pada 1 Julai 1937 pernah bergiat sebagai insan seni di Kuala Lumpur dan tinggal di Kampung Pandan selama sedekad dan kembali ke Singapura pada 2017.
Kelebihan R Ismail, dalam usia sudah meningkat lebih 80 tahun, namun dia masih mampu menyanyi dengan baik dan suara emasnya tetap memukau.
R Ismail meninggalkan balu Rokiah Mat Shukor, 70, dan empat anak dua lelaki, dua perempuan. Tiga anaknya akan meneruskan legasi R Ismail dalam bidang seni.
Dua anak lelakinya iaitu Iskandar atau Eiss dan seorang lagi dikenali, Elfee berkecimpung dalam bidang muzik dan nyanyian. Iskandar pernah menjuarai peraduan realiti SG Mania, manakala Elfee pula dinobatkan Juara Klasik Nusantara 2007 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sementara, Elfee pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Karya Agung Pak Ngah di Esplanade, Singapura awal tahun 2020 ini.
Dalam temu bual bersama Allahyarham sebelum konsert berkenaan, dia melahirkan rasa terujanya dapat menyanyi bersama anak-anaknya.
"Saya tidak pernah menghalang anak-anak memilih genre muzik yang mereka selesa, asal sahaja disiplin dijaga dan budaya kerja," katanya ketika itu berusia 81 tahun.
R Ismail dikenali dalam kalangan artis yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup merendah diri, namun tidak lokek membahagikan pengetahuan dan pengalamannya dalam seni.
Kini diri R Ismail sudah tiada. Namun suara emasnya tetap boleh diikuti dalam YouTube, siaran radio dan album-album lamanya. Malah anda boleh memiliki 25 lagu hits album bentuk CD ‘R Ismail Bintang Emas’ berharga RM22.90 secara dalam talian. : KitaReporters
Koleksi lagu hit R Ismail boleh dibeli melalui Shopee
R Ismail muncul dalam program RTM ada Ogos 2009
R Ismail muncul secara live dalam sebuah program Perbadanan Penyiaran Singapura pada November 2013