DALAM mengharungi perkahwinan, biasanya paras rupa turut menjadi sandaran bagi memilih pasangan hidup. Baik si lelaki atau si wanita pasti inginkan pasangan hidup yang cukup sifatnya, termasuk kelihatan cantik pada mata. : KitaReporters

Pasangan pengantin bersama ibu selepas akad nikah diadakan. Kredit foto: wollipop


Lagi cerita-cerita dari Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Namun satu perkahwinan yang dianggap di luar norma berlaku di Sumatera, Indonesia baru-baru ini.

Postingan atau hantaran cerita dan foto-foto dalam Facebook, penatarias dengan nama akaun NauliSaloon Mua Ambarita menjadi tular dan menjadi perbincangan di Indonesia.

Kecacatan pada wajah pengantin wanita yang diperlihat dalam Facebook NauliSaloon Mua Ambarita


Satu majlis perkahwinan berlangsung di daerah Samosir, Sumatera Utara, namun tidak dinyatakan nama pasangan pengantin itu.

Peristiwa pernikahan itu disiar oleh media Wollipop dan mendapat respons positif daripada sejumlah netizen. Rata-rata para netizen memuji pernikahan tersebut yang dijalin atas dasar cinta, bukan kerana rupa.

Sementara itu, satu lagi perkahwinan bukan kerana rupa juga pernah menjadi tular berlaku di Perkalongan, Jawa Tengah tidak lama dahulu.

Abdu memperlihatkan keakraban dengan isteri dalam akaun Facebooknya.


Lelaki bernama Abdu tanpa malu mengahwini Ani yang mempunyai kecacatan pada wajah. Isteri Abdu, Ani mempunyai kecacatan pada mata kiri dengan timbulnya benjolan  besar.

Abdu dan Ani memperlihatkan buku pernikahan mereka. - Kredit foto: pocophone

Walaupun Ani mempunyai kecacatan wajah, Abdu tidak malu melihatkan kemesraan dengan si isteri dalam media sosial. Abdul yang menggunakan nama akaun ‘Wong Paling Sabar Dewe’ mencuri perhatian setelah memuat naik foto-foto pernikahannya. 

"Sampai rambutku memutih, nggak bakal luntur cintaku," tulis Abdu dalam bahasa Jawa dalam akaun Facebooknya.

Semoga kedua-dua pasangan ini istiqamah dalam melayari bahtera perkahwinan mereka. - KitaReporters

3
1
1
0
1

Copy Link: