Soal jodoh tidak boleh dipertikai semuanya ketentuan Ilahi, jika hari ini kita berjodoh belum tentu ia kekal selamanya. Aturan Dia sangat hebat dan sukar dinilai dengan akal kita.

Begitulah yang dilalui pasangan suami isteri yang kembali bersatu selepas 10 tahun berpisah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


Kisah Arnie Yusoff dan pasangannya Mohd Redha Jalil menjadi tular dalam media sosial berikutan pasangan itu yang pernah berkahwin suatu masa lalu bercerai dan kini menyambung hubungan itu semula demi anak tunggal lelaki mereka.

Kisah cinta mereka dikongsikan dalam aplikasi TikTok Arnie yang memuat naik kisah mereka.

Pada 2009, Arnie berkahwin dengan suaminya dan dikurniakan seorang anak lelaki, namun rumah tangga yang dibina tidak kekal dan karam selepas setahun mendirikan rumah tangga.




Namun siapa sangka rupanya selepas 10 tahun berpisah rupanya jodoh mereka masih kuat dan akhirnya disatukan semula dalam sebuah majlis yang ringkas tapi penuh bangga.

Malah tanggal 20 Mac 2021 lalu menjadi saksi cinta mereka disatukan semula.




Semestinya anak lelaki tunggal yang kini berusia 11 tahun menjadi individu paling bahagia saat itu.

Semoga mahligai yang dibina kali kedua ini lebih utuh dan lagipun masing-masing semakin matang. Diharap bahagia sehingga jannah. KitaReporters


6
2
0
0
1

Copy Link: