Lawak betul! Sepandai-pandai pencuri masuk ke rumah, akhirnya ditangkap polis kerana tertidur!
Published byHENDAK melakukan sesuatu perkara jahat namun ada yang tertangkap atas kebodohan atau kecuaian diri sendiri. Inilah takdir atau orang sekarang kata "Tuhan bayar cash (tunai)".
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mencuri
Pada kira-kira pukul 2 pagi pada 22 Mac 2021 lalu, dia menyelinap ke rumah berkenaan di kawasan Ron Selatan, Daerah Wichian Buri, Wilayah Phetchabun, utara Thailand bagi mencuri.
Kerana keletihan dan mengetahui tiada orang di rumah, Athit tidak mahu terburu-buru mencuri, sebaliknya dia bercadang berbaring sejenak di dalam salah sebuah bilik dan memasang pendingin udara dan berselimut untuk keselesaan.
Kerana tidur nyenyak membuat Athit terbangun pada keesokan harinya.
Dan secara kebetulan tuan rumah, Jiamprasert, pulang dari kerja dan terkejut dari luar mendapati bilik anak perempuannya terang sedangkan anaknya belajar di luar daerah.
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, tuan rumah itu melihat dari tingkap dan mendapati seorang sedang nyenyak tidur.
Orang ramai yang mengetahui cerita ini ketawa akan cerita lucu ini. - KitaReporters